International shipping Secure payment
Indah Cintaku ialah novel romance karya Msroses yang mengisahkan perkahwinan antara dua sepupu yang langsung tidak merancang untuk hidup bersama. Seorang periang dan banyak mulut, seorang lagi pendiam dan tenang. Dalam perkahwinan yang diatur keluarga, mereka perlahan-lahan belajar mengenali hati masing-masing sehingga cinta hadir tanpa disedari.
Sesuai untuk peminat novel romance, arranged marriage, kahwin paksa, kahwin dengan sepupu, suami pendiam, heroin ceria dan kisah cinta selepas berkahwin yang santai serta menghiburkan.
Warning: Last items in stock!
Availability date:
Indah Cintaku ialah novel romantik karya Msroses yang menggabungkan elemen arranged marriage, kahwin dengan sepupu, komedi romantik dan kehidupan selepas berkahwin. Jalan ceritanya yang santai, dipenuhi dialog lucu serta perkembangan hubungan yang manis menjadikan novel ini sesuai untuk pembaca yang sukakan kisah cinta ringan tetapi menyentuh hati.
"Saya terima nikahnya Dayana Aleesa binti Mohd Daud dengan mas kahwin sebatang coki-coki."
Berkahwin dengan sepupu? Tak pernah terlintas langsung dalam fikiran Dayana Aleesa. Apatah lagi dengan abang sepupunya yang agak pendiam itu. Bercakap pun tak pernah tiba-tiba ibu suruh kahwin? Alasan ibu supaya senang ada orang jagakan Yana yang kerja jauh daripada ibu. Ish tak nak lah! Bukannya Yana tak boleh jaga diri sendiri.
Bagi Izhan Hakimi pula, hidupnya sendiri pun tak terjaga, boleh pulak mama suruh dia kahwin dengan adik sepupunya yang banyak mulut tu? Ingat Izhan ni babysitter ke? Masalahnya yang dia kena jaga tu bukan baby. Dah boleh jadi mak baby dah. Ish tak nak lah! Buat serabut kepala je nanti.
"Yana boleh jaga diri sendiri. Abang Iz tak payah jaga pun. Lagipun Yana bukan budak kecik.." - Dayana Aleesa
"Okay." - Izhan Hakimi
"Nanti kita tak payah la tinggal sekali, Abang Iz. Bukannya ibu dengan maklong tahu pun." - Dayana Aleesa
"Okay." - Izhan Hakimi
Senang betul kerja bila dapat suami pendiam macam ni. Semua dia okay kan aje. Tak banyak cakap.
"Mulai sekarang, abang Iz akan jaga Yana. Yana tanggungjawab abang Iz" - Izhan Hakimi
Eh? Kenapa lain pula ceritanya?
Selami kisah santai bagaimana si mulut becok dan si mulut batu mengenali hati budi masing-masing dalam melayari bahtera perkahwinan mereka.
Novel Romance, Contemporary Romance, Arranged Marriage, Family Romance, Romantic Comedy, Novel Melayu.
| Penulis | Msroses |
| Genre | Romantik Melayu |
| Penerbit | Orabook |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
| Tahun Terbitan | 2024 |
Orabook merupakan antara penerbit novel Melayu yang terkenal dengan karya penuh emosi, kekeluargaan dan konflik kehidupan yang dekat dengan pembaca tempatan.
Di BBO Rumah Novel Melayu, anda boleh mendapatkan pelbagai novel terbitan Orabook dengan harga menarik serta pilihan genre seperti cinta, kekeluargaan, drama dan motivasi kehidupan.
Semua buku dihantar dengan pembungkusan rapi ke seluruh Malaysia.