International shipping Secure payment
Permata Hati merupakan novel romantik Melayu karya Rehan Makhtar yang mengisahkan Sofia dan Aizudin dalam menghadapi ujian rumah tangga, pengkhianatan, kepercayaan dan kehilangan yang tidak diduga. Ketika cinta diuji oleh kesilapan dan takdir, mereka perlu mencari kekuatan untuk memaafkan serta menerima ketentuan Ilahi. Sebuah kisah menyentuh hati tentang kasih, reda dan pengorbanan.
Permata Hati merupakan novel romantik Melayu karya Rehan Makhtar yang mengetengahkan kisah rumah tangga, kepercayaan, pengorbanan dan ujian kehidupan yang menyentuh emosi pembaca. Novel ini membawa pembaca menyelami perjalanan Sofia dan Aizudin yang terpaksa berdepan dugaan demi dugaan dalam mempertahankan kasih sayang dan kebahagiaan keluarga.
Dengan tema kekeluargaan yang kuat, konflik yang realistik dan mesej tentang reda terhadap ketentuan Tuhan, novel ini sesuai untuk pembaca yang gemarkan kisah cinta selepas perkahwinan yang sarat dengan pengajaran dan nilai kehidupan.
Jika anda mencari novel yang mampu menyentuh hati serta mengingatkan tentang pentingnya kesabaran, keikhlasan dan kepercayaan dalam sebuah hubungan, Permata Hati adalah antara karya Rehan Makhtar yang wajar dimiliki.
PADA Sofia, Aizudin adalah lelaki sempurna. Suami terbaik dan ayah penyayang. Namun, dia telah lupa. Yang sempurna itu hanyalah Tuhan. Bukan manusia. Kerana itu, bila terbukti Aizudin itu manusia yang khilaf, dia hampir terduduk.
“Abang ada buat salah besar…” – Aizudin
“Dengan siapa?” - Sofia
Air mata Sofia jatuh tak terseka. Untuk memaafkan Aizudin sudah cukup sukar, ini pula untuk tunaikan permintaan suaminya? Dia sudah tiada kekuatan berbaki.
“Sofia nak cakap abang pentingkan diri sendiri. Rosakkan bahagia keluarga kita selama ni. Tapi, abang tak nak terus berdosa dengan sembunyikan semua ni daripada Sofia.” – Aizudin
“I trusted you for life time, abang and this is how you pay me…” - Sofia
Manusia, hanya mampu merancang tapi tiada upaya untuk kita tentukan segalanya. Sofia tabah memujuk hati biarpun seringkali berperang dengan kebencian dalam hati sendiri. Kerana cinta dan kasih pada Aizudin yang tak pernah terhakis seinci pun, dia terima segala ujian. Dia tak akan biarkan Aizudin karam kerana kesilapan.
“Apapun jadi, penceraian bukan pilihan…” – Sofia
“Terima kasih, sayang…” – Aizudin
Di saat hati menerima dan ujian itu berjaya ditepis, dugaan itu hadir lagi di depan mata. Sofia terduduk dalam tangisan bisu. Aizudin bagai mahu tersembam menahan beratnya ujian.
“Dia hanya pinjaman. Sofia relakan dia pergi, abang…” - Sofia.
“Abang juga relakan dia pergi…” - Aizudin.
Tak ubah seperti telah jatuh tertimpa tangga. Aizudin memejamkan mata. Menyebut nama Tuhan berkali-kali. Redha dengan segala ketentuan bila permata hatinya di bawa jauh pergi.
Novel Romantik Melayu, Novel Kekeluargaan, Novel Rumah Tangga, Novel Drama Emosi, Novel Bestseller Melayu.
| Penulis | Rehan Makhtar |
| Genre | Romantik Melayu |
| Penerbit | Karyaseni |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
| Tahun Terbitan | 2018 |
Karyaseni merupakan antara penerbit novel Melayu yang terkenal dengan karya-karya yang dekat dengan jiwa pembaca tempatan.
Pelbagai genre menarik ditawarkan termasuk novel cinta, kekeluargaan, konflik kehidupan, motivasi dan emosi yang menyentuh hati.
Di BBO Rumah Novel Melayu, anda boleh mendapatkan koleksi buku terbitan Karyaseni secara online dengan penghantaran ke seluruh Malaysia serta pembungkusan yang rapi dan selamat.