Reduced price! Lelaki Eksklusif Expand

Lelaki Eksklusif

Karyaseni Karyaseni

FP

New

Penulis : Wan Awliya Rayqal

More details

RM17.10

RM18.00

-5%

Tajuk : Lelaki Eksklusif
Penulis : Wan Awliya Rayqal
Harga : RM18.00
ISBN : 978-967-0246-43-7

Sinopsis
NORA hanya gadis biasa-biasa saja. Tak serupa perempuan langsung. Tapi di mata Wan Mukriz, Nora sangat istimewa. Jadi tak salah  dia serahkan hati dan perasaan buat gadis comel itu. Namun sangka Nora, Wan Mukriz sekadar bergurau. Apalah yang diharap pada gadis sepertinya. Jadi Nora buat bodoh saja.

“Kalau saya cari girlfriend, saya cari macam Nora.”

“Uiks, kalau macam tu ambik Nora saja tak boleh?”

“Serius?”

“Ngee, melampau bos ni.”

“Nora, saya serius ni.”

“Ya ke?”

Kemesraan yang terjalin, menjadi halangan apabila Wan Ariff , abang sebapa Wan Mukriz juga menaruh hati terhadap Nora. Mahu memiliki Nora tanpa mempedulikan perasaan Wan Mukriz.

Akhirnya, Wan Mukriz ambil keputusan untuk menikahi Nora tanpa pengetahuan sesiapa. Dan Nora terima lamaran Wan Mukriz demi menyelesaikan masalah peribadinya.

Mereka bahagia, namun bahagia mereka bersulam resah. Wan Ariff tak sudah datang mengganggu tanpa disedari yang menjadi idamannya itu ialah adik ipar sendiri.

Mampukah mahligai bahagia yang dibina dalam rahsia itu bertahan sedangkan Wan Mukriz tidak sanggup untuk berpisah dengan Nora?

Karyaseni merupakan antara penerbit novel Melayu yang terkenal dengan karya-karya yang dekat dengan jiwa pembaca tempatan.


Pelbagai genre menarik ditawarkan termasuk novel cinta, kekeluargaan, konflik kehidupan, motivasi dan emosi yang menyentuh hati.


Di BBO Rumah Novel Melayu, anda boleh mendapatkan koleksi buku terbitan Karyaseni secara online dengan penghantaran ke seluruh Malaysia serta pembungkusan yang rapi dan selamat.


Lihat semua novel Karyaseni di sini

Write a review

Bahagia Bukan Bidaan

Penulis : Hessa Widad