Reduced price! Jangan Hilangkan Dia Missailynn Terbitan Oktober 2025 Expand

Jangan Hilangkan Dia Missailynn Terbitan Oktober 2025

Fajar Pakeer Fajar Pakeer

FP

New

Penulis : Missailynn

More details

RM25.65

RM27.00

-5%

Tajuk : Jangan Hilangkan Dia
Penulis : Missailynn

Sinopsis
Setiap kali kehilangan, kita cuba mencari makna, seolah-olah kesakitan mampu menjawab segalanya.

Akhirnya, yang ditemui hanyalah lorong-lorong sepi yang dipenuhi tanda tanya, berjalan tanpa arah,

berakhir tanpa noktah.

Aireen Medina dan Aireen Melissa. Sepasang kembar seiras yang lahir bersama. Takdir sejak awal

sudah memilih siapa yang akan disayangi dan siapa yang akan dilupakan.

Melissa, si kembar yang lahir bersama derita dalam tubuh kecilnya. Lalu kasih ibu dan ayah mengalir

deras kepadanya, seolah-olah cinta hanya cukup untuk dia seorang.

Dan Medina?

Dia membesar dalam sunyi yang tak bersuara. Setiap langkahnya dihantui rasa tidak

diperlukan. Bayang-bayang itu bukan lagi sekadar metafora, tetapi membentuk seluruh hidupnya.

“Saya memang tak layak jadi anak mereka. Betullah apa yang mama cakap dulu, saya ni hanya anak

pembawa si...” - MEDINA

Namun, kehadiran Aidan Nufail bagaikan petanda dalam hidupnya. Buat pertama kalinya, Medina

percaya bahawa dia juga berhak disayangi. Dia jatuh cinta, bukan kerana Aidan sempurna, tetapi

kerana Aidan melihat Medina sebagai manusia selayaknya.

Dan seperti yang sudah ditulis, takdir tetap tidak pernah lunak padanya. Harapan yang baru tumbuh

itu, sekali lagi, direntap tanpa belas.

“Kau pembunuh! Kau dah bunuh anak aku!” – PUAN ELIZA

Lalu Medina pergi, tidak menoleh ke belakang lagi, hanya melangkah menjauh dari dunia yang tidak

pernah tahu cara mencintainya.

Saat kebenaran akhirnya terbongkar, semuanya terlepas daripada genggaman. Yang tinggal hanyalah

sebuah penyesalan.

Jika semesta mempertemukan kita semula pada waktu yang tepat, saya nak awak tahu betapa

banyaknya doa yang saya langitkan untuk bersama awak.” - AIDAN

Dunia, katanya adil, tapi mengapa rasanya begitu berat sebelah?

Mengapa yang setia diuji tanpa henti, sedangkan yang hanya datang sekejap diberi seluruh semesta

untuk dimiliki?

Dia sudah terlalu letih menanggung penderitaan. Satu kehilangan lagi… mungkin cukup untuk

menghancurkan segalanya.

"Tuhan, Jangan hilangkan dia lagi kerana hatiku tak lagi punya ruang untuk satu kehilangan."

Write a review

Jangan Hilangkan Dia Missailynn Terbitan Oktober 2025

Jangan Hilangkan Dia Missailynn Terbitan Oktober 2025

Penulis : Missailynn