International shipping Secure payment
Penulis : Farhah Addin
Tajuk : Historia : Cursed Destiny Farhah Addin
Penulis : Farhah Addin
Harga : RM30
Sinopsis
CAPTION : Mampukah keajaiban itu terus menemukan kau dan aku?
“You are my sunshine. My only sunshine”
Kau percaya pada keajaiban? Pada magis dan misteri yang mampu menggoncang takdir.
Kisah mereka bukan kebetulan, dua figura yang bertembung pada garis masa disatukan oleh
keajaiban yang tidak pernah meminta untuk difahami, hanya untuk dirasai.
Di sebalik bayang-bayang dendam yang diwarisi, Eiyad Dini hilang segalanya. Namun ketika
dunianya gelap, muncul di depan seorang wanita… sebagai “hantu”.
Yumni Daiyana, komando yang patah jiwa, kembali ke kediaman lama bernama Historia.
Tetapi terganggu bila seorang lelaki misteri sering muncul, merenungnya dengan mata
penuh rahsia.
“Han.. hantu!” – Daiyna
“Kalau aku hantu, kau tu apa? Pontianak?” – Eiyad
Lelaki itu bukan bayangan tetapi petanda kepada kebenaran yang cuba disembunyikan
selama bertahun-tahun. Kisah mereka ibarat dua garis halus yang saling tidak berhubung
hingga perlahan-lahan garis halus itu menjadi semakin tebal dan sangat tidak dijangka.
Apabila Daiyan menemui Eiyad di dunia yang sebenar, misteri demi misteri mula terungkai,
mengaitkan mereka lebih rapat daripada yang pernah dibayangkan.
Di saat musuh dari masa lalu muncul dengan wajah yang tidak disangka, Daiyan dan Eiyad
terpaksa melawan masa, pengkhianatan dan sejarah darah untuk menyelamatkan satu sama
lain.
“Mereka ambil segalanya daripada aku… dan sekarang, aku akan ambil segalanya daripada
mereka!” – Wangi
Namun persoalannya… siapakah sebenarnya yang mereka lawan selama ini, musuh
di luar sana, atau bayang-bayang yang tersembunyi dalam diri mereka sendiri?
Adakah masih tersisa secebis keajaiban, walaupun sayap mereka patah?
Too late to fly. Too late to fight.
“But this world… it’s too cruel for us to still hold on to something as fragile as humanity.”
PAGES : 600