Reduced price! Inspektor Aqlan (Spin-Off Inspektor Adzriel) Syirahnees Terbitan Mei 2025 Expand

Inspektor Aqlan (Spin-Off Inspektor Adzriel) Syirahnees Terbitan Mei 2025

Fajar Pakeer Fajar Pakeer

FP

New

Penulis : Syirahnees

More details

RM31.35

RM33.00

-5%

Tajuk : Inspektor Aqlan (Spin-Off Inspektor Adzriel)
Penulis : Syirahnees
Harga : RM33
ISBN : 9789838223232
Muka Surat : 710
Berat (kg) : 0.43
Dimensi (cm) : 3 x 18 x 11

Sinopsis
Bukan kerana dia rela, tapi kerana setiap detik yang berlalu semakin memaksa dia untuk terus bertahan.

Hidupnya bukan kisah indah yang ditulis dengan dakwat emas, tetapi sebuah perjalanan berduri yang ditempuh menyusuri gaung-gaung luka.

Rayfa Alzahrah sudah lali dengan cercaan dunia. Cacian menjadi nyanyian dan luka menjadi melodi yang setia.

Cinta, baginya, hanyalah dusta. Itulah prinsip yang terpahat dalam hati. Andai prinsip itu adalah ais, maka perlahan ia mencair… tatkala hadirnya Aqlan Alfarizqi, lelaki yang tidak datang membawa janji,tetapi hadir dengan tenang, lalu membalut luka.

“Aku tahu kau masih tak sembuh dari luka sendiri. Jadi, izinkan aku jadi perawatnya. Boleh?” - Aqlan Alfarizqi

Setiap pandangannya, setiap diamnya, adalah bahasa yang perlahan-lahan mengubah persepsi Rayfa tentang cinta.

Dalam perjalanan pasti terselit ujian. Bukan sekadar bahagia yang direntap, malah kewujudan kumpulan kultus yang memuja selain Yang Maha Esa membuatkan kerja Aqlan sebagai seorang inspektor semakin berat. Berkemungkinan nyawa Rayfa menjadi galang ganti!
 
“Sabar, sabar dan terus sabar. Itulah apa yang orang katakan. Ayat klise. Tapi kau faham tak untuk terus kekal kuat, ingat tak sakit ke?” - Rayfa Alzahrah

Mampukah Rayfa terus kekal kuat atau akhirnya jatuh kerana terus diuji bertalu-talu? 

Dan benarkah Aqlan akan terus kekal di samping bidadarinya, kerana kesetiaannya terus diuji?

Dalam dunia yang dipenuhi topeng dan bayang, siapa yang benar… dan siapa yang berpura-pura?

Satu demi satu badai datang mengetuk. Antara sihir dan jenayah, antara dendam dan fitnah.

“Berbahagialah dengan dia. Kerana bahagia itu hanya sementara sebelum bakal diragut!”

Write a review

Anak Perempuan Dato' Pengarah Rehan Makhtar Terbitan Julai 2024

Penulis : Rehan Makhtar