International shipping Secure payment
Penulis : Hannah Serres
Tajuk : Saoirse Dan Lapan Pengikut
Penulis : Hannah Serres
Harga : RM27
ISBN : 9789838221924
Sinopsis
Terjatuh ke dalam sungai paling panjang di dunia, seorang lelaki diberikan peluang untuk hidup kali kedua. Pulang semula ke negara kelahirannya untuk mencari sebuah jawapan, dia ditakdirkan bertemu dengan sepasang kawan karib, bersama adik mereka.
“Selamat pagi! Dengar khabar angin suspek pembunuhan tinggal dekat sini!”- AISYAH
Pada ketika kematian demi kematian bagaikan kebetulan berlegar-legar di sekeliling.
“Yuu, awak tahu tak ada pelajar Sekolah Junior Chihen yang ibunya meninggal kena langgar?”- ERI
Satu demi satu mayat ditemui, yang majoritinya terdiri daripada wanita.
Pada masa yang sama Yuu dan Eri bergelut dalam kehidupan sehari-hari, mereka juga terus-terusan dibawa untuk berhadapan dengan satu demi satu kejadian aneh yang berkaitan dengan Inori, lelaki asing yang dibawa pulang oleh Aya.
Situasi menjadi semakin mengelirukan apabila Eri terjumpa gambar seorang wanita kepunyaan Inori.
Siapa sangka, pertembungan tidak diduga antara Inori dengan manusia-manusia baharu itu akhirnya menemukannya kepada jawapan yang dicari-cari selama ini, tentang siapa pemilik sebenar hatinya.
Apakah sebenarnya hubung kait antara Inori dengan Saoirse? Adakah mereka sebenarnya mempunyai kaitan di sebalik kes-kes kematian yang berlaku?
Walaupun kau dan aku berbeza dunia dan sangkala, kita berkongsi satu rasa yang sama.