Kuntuman Mawar Milikku Expand

Kuntuman Mawar Milikku

Fajar Pakeer Fajar Pakeer

FP

New

Penulis : Nurshaza

More details

RM27.00

Tajuk : Kuntuman Mawar Milikku
Penulis : Nurshaza
Harga : RM27
ISBN : 9789838221917

Sinopsis
Dia percaya kesetiaan membawa maksud ketulusan untuk menyimpan satu hati dan berjanji untuk tidak mengkhianati.

“Abang sayangkan Haura. Abang tak tipu.…” – ZAWWAR FAKHRI

Ternyata kesetiaannya bagaikan bertepuk sebelah tangan. Pengakuan Fakhri sama sekali tidak dapat menembus akal fikirannya. Haura tekad untuk keluar dari kepompong kesetiaaannya.

Setiap kali dirinya terperangkap dalam sarang kesedihan, hadirnya si mawar putih bersama sekeping kad kecil yang tertulis dengan tulisan tangan bernama Gizemli Adam. Sekuntum mawar putih itu ibarat penawar hatinya. Biarpun, terselit tanda tanya.

Siapakah pemilik nama Gizemli Adam ini?

Jawapan tidak diperolehi, muncul pula seorang jejaka yang tak pernah disangka membuatkan dia sedar yang kumbang bukannya sejenis.

“Jangan menangis. Aku tak boleh tengok bila seseorang menangis kerana disakiti lelaki yang tak tahu nak menghargai nilai kesetiaan seorang perempuan.” – AIDIN YUSUF

Ungkapan tersebut seakan-akan membelai laranya. Personaliti Aidin Yusuf menyemarakkan rasa kelainan di hati Haura setiap kali mereka bersama. Patutkah dia membiarkan perasaan aneh itu bercambah?

Ketika luahan hatinya terbalas, wujud pula rasa sangsi dek kisah silam yang sukar untuk diluputkan.

“Saya takut dikecewakan buat kedua kali. Nak tanggung perit tu bukan senang. Tak semua orang boleh move on macam tu saja. Makan masa.” – HAURA KAYYISA

Wajarkah Haura memberi peluang kepada Yusuf untuk menakluki hatinya?

Benarkah Yusuf boleh membawa dia ke garisan kebahagiaan yang sebenar?

Adakah dengan mengharungi ujian-ujian itu, dia akan menggapai kebahagiaan yang didambakan selama ini?

Tersenyumlah, walau hati sedang terluka kerana Dia sudah menjanjikan keindahan yang jauh lebih baik daripada segalanya.

Write a review

Kuntuman Mawar Milikku

Kuntuman Mawar Milikku

Penulis : Nurshaza