Penangguhan Penghantaran Tarikh : 26 Mei - 6 Jun 2023

New Prima Facie Expand

Prima Facie

Fajar Pakeer Fajar Pakeer

FP

New

Penulis : Shera Zulghafar

More details

RM26.00

Tajuk : Prima Facie
Penulis : Shera Zulghafar
Harga : RM26
ISBN : 9789838221986

Sinopsis
Agaknya apa yang terjadi apabila dua orang peguam kepala batu bertemu?

Takdir menemukan Nur Nadhrah dan Ahmad Raffi sebagai rakan sepejabat di firma guaman yang sama.

Sikap Nadhrah yang sambil lewa dan Raffi yang perfectionist membuatkan mereka sering tidak sekepala.

“Memang semua graduan luar negara ni tak adab ke?” – NUR NADHRAH

“Well, that depends on how we are treated.” – AHMAD RAFFI

Orang tua pernah berpesan, jangan terlampau benci. Nanti akan jatuh sayang! Bagaikan magnet yang berbeza kutub, mereka akan kembali bercantum.

Di mana ada Nadhrah, di situ juga ada Raffi.

Kehadiran Sarah, bekas kekasih Raffi, kembali mengeruhkan lagi keadaan. Begitu juga Aiman Suffi yang dalam diam sudah lama menaruh hati dan perasaan pada Nadhrah.

Mereka berdua punya matlamat yang sama: masing-masing mahu cinta mereka diterima Nadhrah dan Raffi.

“Kalau susah sangat, kau kahwin aje dengan aku, Nad! Habis cerita!” – AIMAN SUFFI

“Penting sangat ke Nadhrah dalam hidup you ni, Raffi?” – SARAH AYESHA

Namun, ada satu rahsia besar yang disembunyikan Raffi daripada pengetahuan Nadhrah. Tanpa diduga, malang yang menimpa Nadhrah membuatkan dia terpaksa bergantung harap pada lelaki yang pernah dibencinya. Tanpa sedar, timbul satu perasaan yang tidak pernah wujud di dalam hatinya yang selama ini membenci seseorang yang bernama lelaki.

Mampukah Nadhrah merendahkan egonya dan berterus-terang pada Raffi akan perasaannya yang sebenar? Atau, patutkah dia tepis rasa rindu dan sayang yang kian mekar di dalam jiwa?

Dalam mencari kebenaran, siapakah Nadhrah di dalam hidup Raffi?

Apa rahsia yang selama ini Raffi sembunyikan daripada pengetahuan gadis itu?

Tidak dicintai memang menyedihkan, tetapi jauh lebih menyedihkan jika kita tidak dapat bersama ketika hati sudah saling mencintai. Jika harus memilih antara nafas dan cinta, maka aku memilih nafas terakhir untuk mengatakan aku cinta padamu.

Write a review

Prima Facie

Prima Facie

Penulis : Shera Zulghafar