International shipping Secure payment
Penulis : Zayra Jasmine
Tajuk : Unspoken Lie
Penulis : Zayra Jasmine
Harga : RM26
ISBN : 9789838221979
Sinopsis
Pernah dengar perkahwinan itu kadang datang pada waktu tidak disangka-sangka?
Itulah apa yang dialami oleh Haura Mardhia dalam sekelip mata. Niatnya hanya ingin membantu Eliyana, teman jatuh longkang bersama-sama merangkap matchmaker paling berjaya abad ini.
Ingatkan dia popular kerana menjadi seorang penulis sahaja, tidak sangkalah pula boleh popular disebabkan kerabat gila client Eliyana.
“Awak kena kahwin dengan saya, Haura. Tak kira apa-apa pun terjadi.” - ADAM
Kata-kata Adam nampaknya termakbul tatkala Haura akhirnya bersetuju ingin mengahwini lelaki itu setelah berfikir lama.
Namun, rahsia disimpan Adam buatkan Haura tidak tentu arah. Mengapa lelaki itu berubah? Apa yang disorokkan olehnya sehingga perlu lakukan dia sebegini?
"You know you can't hide anything from me, husband." - HAURA
"I know. That's why I keep my distance from you eventhough I'm dying to meet you." - ADAM
Satu demi satu kejadian yang berlaku berjaya membuka mata Haura.
Mampukah Haura tetap berdiri utuh setelah mengetahui kebenarannya?
Adakah benar cinta itu benar-benar membutakan mata orangnya? Ataupun, itu semua hanya dusta dicanang orang sekitar?
Jika dua hati sudah mula berpaling tadah, mohon hadirkan rasa cinta yang tidak kesudah, kerana kenyataanya perasaan tidak akan hadir kerana terpaksa.