Reduced price! New Psychopath Expand

Psychopath

Fajar Pakeer Fajar Pakeer

Fajar Pakeer

New

Penulis : Eija Khadeeja

More details

RM21.60

RM24.00

-10%

Tajuk : Psychopath
Penulis : Eija Khadeeja
Harga : RM24.00
ISBN : 978-983-822-104-7

Sinopsis
Manusia yang berhati syaitan telah memusnahkan angan-angannya untuk mengabadikan cinta untuk Zain. Kematian Zain meninggalkan pilu mendalam dalam diri Ezlina.
Mendung dirasakan ada di mana-mana menyuluh hidupnya.

“Kalau apa-apa jadi dekat saya, jangan percaya orang sekeliling. Ingat! Kematian saya bukan kebetulan. Ada yang merancang.” – ZAIN

Dendam harus dilunas dengan dendam, Ezlina memburu satu nama! Iqbal. Lelaki yang dipercayai dalang di balik apa yang telah berlaku ke atas Zain. Lelaki itu tak normal
seperti manusia biasa. Perlu mengambil pil penenang untuk mengawal emosinya. Segala bukti bagai terarah kepada Iqbal.

“Darah berbalas darah!” – EZLINA

Lelaki itu kian terdesak untuk membersihkan namanya saat satu demi satu pembunuhan menuduh dia adalah topeng utama di sebalik semuanya. Pembunuhan yang penuh jijik dan sadis! Satu mangsa, satu ‘trofi’! Trofi yang diambil dari anggota tubuh yang terkulai tak bernyawa!!!

“Bukan aku yang pancing dia. Tapi dia yang menyerah diri.” – IQBAL

Ada insan lain yang begitu dekat dengannya sedang mengatur permainan untuk memusnahkan kehidupan Iqbal.

Benarkah pernyataan itu? Atau kata-kata itu hanya
laungan Iqbal untuk menutup sisi gelap dirinya?

Mampukah Ezlina membongkar permainan kejam yang dapat meleraikan segala kebenaran?

Siapa pun si psychopath, akan Ezlina buru hingga ke lubang kubur! Pembunuhan Zain akan dituntut.

Hanya kematian mampu mengungkap segala kegelapan dan pengkhianatan. Hanya pembunuh kejam bergelar psychopath mampu meraikan tiap titisan darah dengan nafsu
keiblisan.

Write a review

Psychopath

Psychopath

Penulis : Eija Khadeeja