Reduced price! Ghaib Expand

Ghaib

Fajar Pakeer Fajar Pakeer

FP

New

Penulis : Nurul Omar

More details

RM23.40

RM26.00

-10%

Tajuk : Ghaib
Penulis : Nurul Omar
Harga : RM26.00
ISBN : 9789675985621

Sinopsis
Sepatutnya Hash, Hammad dan Nazim tidak menceroboh ke bilik perpustakaan arwah aki pada malam itu. Sepatutnya Sora juga tidak perlu terlibat dengan mereka bertiga. Sepatutnya mereka tidak memanggil makhluk itu....

“Kuseru namamu tiga kali, datanglah menjemputku.” - HASH

Jika mereka tidak menjadi pengacau, sudah tentu gangguan demi gangguan yang penuhdengan misteri itu tidak akan berlaku. Sudah tentu semua keanehan yang menyeramkan dan berbaur mistik itu tidak perlu dialami oleh mereka.

“Tapi yang aku tak tahan, lembaga tu masih kejar aku.” - NAZIM

“Kau fikir apa sebenarnya yang ganggu kita?” – HAMMAD

“Aku diganggu. Kau semua diganggu. Tak kira malam, siang pun diganggu. Sekarang kita nak buat macam mana pun kita tak tau.” - SORA

Penyesalan sudah terlambat. Mereka tidak boleh melarikan diri kerana makhluk yang bukan berasal dari alam manusia nekad mahukan mereka sama ada hidup mahupun mati.

Jawapan harus ditemui sebelum semuanya bakal mati sia-sia.

Mampukah mereka meloloskan diri daripada terus terperangkap di alam ghaib yang penuh
dengan sengketa?

Siapa lagi yang mampu menyelamatkan mereka atas kesalahan yang dicipta sendiri?

Yang menoktahkan sebuah misteri adalah kuasa-Nya, sama ada mati atau pergi.

Fajar Pakeer merupakan antara penerbit novel Melayu yang terkenal dengan karya penuh emosi, kekeluargaan dan konflik kehidupan yang dekat dengan pembaca tempatan.


Di BBO Rumah Novel Melayu, anda boleh mendapatkan pelbagai novel terbitan Fajar Pakeer dengan harga menarik serta pilihan genre seperti cinta, kekeluargaan, drama dan motivasi kehidupan.


Semua buku dihantar dengan pembungkusan rapi ke seluruh Malaysia.


Lihat semua novel Fajar Pakeer di sini

Write a review

Ghaib

Ghaib

Penulis : Nurul Omar