REBAT KOS POS RM5 (MIN PEMBELIAN RM50)

MASUKKAN KOD : RM5 DI RUANGAN BAUCER

atau

REBAT KOS POS RM1

MASUKKAN KOD : RM1 DI RUANGAN BAUCER

*MALAYSIA SAHAJA

Reduced price! New Naluri Expand

Naluri

Fajar Pakeer Fajar Pakeer

Fajar Pakeer

New

Penulis : Iman Xara

More details

RM21.85

RM23.00

-5%

Tajuk : Naluri
Penulis : Iman Xara
Harga : RM23.00
ISBN : 9789838220873

Sinopsis
Kasih sayang yang didambakan... kenapa kebencian yang menjadi dalangnya?
Cahaya yang diharapkan... kenapa kegelapan menyelubungi hidupnya?

Eliza rasa putaran kisahnya memang sudah dicorak penuh hitam tanpa putih, dia terdera fizikal dan mental. Ingin saja dia lenyap dari dunia ini, berlari tanpa berhenti kerana setiap perhentian penuh duri yang membunuh. Namun, mustahil kerana hamparan duka ada di mana-mana. Apatah lagi wanita itulah yang menjaga dirinya selama ini.

Siapa sangka, akhirnya keberanian itu muncul juga apabila dia mahu dijodohkan dengan seorang lelaki seusia arwah datuknya. Eliza nekad meninggalkan kehidupannya yang penuh penyeksaan.

Kehidupannya berubah 180 darjah selepas hari itu. Hanya kerana wajahnya dikatakan seiras dengan seorang gadis bernama Aliya, dia dipergunakan untuk menggantikan tempat gadis itu. Sejuta penipuan mula dilakukan, namun kenapa keraguan menghantui setiap gerak gerinya, lebih-lebih lagi pertemuan singkat dengan Khairil membuat Eliza dalam dilema.

Macam mana awak boleh sampai di sini?” – KHAIRIL

“Saya... saya...” – ELIZA

“Liza... awak okey ke ni?” – KHAIRIL

“Saya sebenarnya dah buat salah, Khairil.” - ELIZA

Terus kekal menjadi gadis pemberontak seperti Aliya atau kembali menjadi gadis malang bernama Eliza? Mampukah dia bertahan dengan pembohongan ini? Selamatkah dia atau sebaliknya?

Semua ada prosesnya. Semua ada waktunya... untuk mengejar rasa bahagia yang diinginkan.

Write a review

Naluri

Naluri

Penulis : Iman Xara