PEMBERIAN BAUCER TAMBAHAN 15% 

SILA KLIK DI SINI

Reduced price! Sejuta Bahagia Satu Derita Expand

Sejuta Bahagia Satu Derita

Fajar Pakeer Fajar Pakeer

Fajar Pakeer

New

Penulis : Suhaniza Sulaiman

More details

RM21.85

RM23.00

-5%

Tajuk : Sejuta Bahagia Satu Derita
Penulis : Suhaniza Sulaiman
Harga : RM23.00
ISBN : 9789838220668

Sinopsis
Pengorbanan dan ketulusan bukan sesuatu yang murah kerana yang mencintai akan kalah dengan yang setia.

“Suka hati awak aje nak samakan saya ni dengan binatang ya. Kejap ikat, kejap sambar. Ingat saya ni lembu atau burung helang ke?” – RANIA

“Saya nak ikat awak cepat-cepat. Nanti lelaki lain sambar pulak.” – SHAFIQ

Rania bagaikan jinak-jinak merpati melayan karenah Shafiq yang semakin berani berbicara tentang rindu, sayang dan cinta. Dalam menyampah ada cinta-cintun yang wujud antara dirinya dengan Shafiq.

“Sayang Amir bukan sayang seorang adik pada kakaknya, tapi Amir sayang akak macam seorang lelaki sayangkan seorang perempuan.” - AMIR

Amir mencintai Rania teman sepermainannya. Namun, sayangnya Rania telah mempunyai Shafiq pilihannya sendiri.

Kisah kasih antara tiga insan ini bertambah rumit tatkala Rania diduga dengan satu peristiwa hitam yang tidak disangka.

Kesetiaan cinta Shafiq diuji, keikhlasan hati Amir dipuji.

“Habis madu sepah dibuang. Kenapa tidak dari dulu kau serahkan dia pada aku? Sebelum semuanya berlaku?” – AMIR

Hilang cinta Shafiq kerana peristiwa itu. Teguh rasa Amir menganyam derita bersama Rania.

Amir bukan lelaki yang pertama mencintai Rania. Amir hanya lelaki sandaran untuk Rania. Tetapi, mengapa lelaki itu sentiasa di sisi menghapus air matanya?

Perlahan-lahan rasa cinta Rania bercambah, namun kehadiran semula Shafiq dalam hidupnya membuatkan jiwa Rania menjadi kucar-kacir. Penuh salah faham dan syak wasangka yang tak berkesudahan.

Tergamakkah Shafiq menangguk air yang keruh setelah Rania menjadi wanita terbahagia bersama Amir.

Berbaloikah pengorbanan Amir selama ini?

Adakah sejuta bahagia akan terlerai dek satu derita?

Ya, bahagia perlu dicipta dan derita perlu dilupa kerana kelukaan bukan sandaran untuk terus menangisi kisah antara kita.

Write a review

Anehnya Cinta

Penulis : Eija Khadeeja