Reduced price! New Dancing With Your Ghost Oleh Acik Lana Expand

Dancing With Your Ghost Oleh Acik Lana

Booku

FP

New

Dancing With Your Ghost karya Acik Lana ialah novel seram romantik yang mengisahkan Jibril dan Aralyn dalam hubungan penuh misteri, jenaka dan emosi. Sebuah kisah cinta luar biasa yang mengaburkan sempadan antara dunia nyata dan dunia yang tidak terlihat.

More details

RM32.19

RM37.00

-13%

Dancing With Your Ghost Oleh Acik Lana

Dancing With Your Ghost ialah novel seram romantik karya Acik Lana yang menggabungkan elemen paranormal, misteri dan komedi dalam sebuah kisah yang unik serta menghiburkan.

Novel ini membawa pembaca mengikuti kehidupan Jibril yang mempunyai kebolehan melihat makhluk ghaib, sehinggalah kemunculan seorang gadis misteri bernama Aralyn yang mengubah hidupnya secara tidak dijangka.

Sinopsis Novel Dancing With Your Ghost

“Nama saya Aralyn. Dan saya bukan hantu.”

Yeah, right. Whatever. Mana ada hantu mengaku dirinya hantu, betul tak?

Lagipun kalau betul bukan hantu, macam mana boleh muncul dekat dalam rumah dia? Sedangkan pintu utama berkunci siap berselak dari dalam lagi. Dan hanya makhluk bernama hantu saja boleh terjun dari tingkat sepuluh dan tak mati-mati.

Please, jangan cuba nak perdayakan dialah, hantu oi!

“Wait, awak. Please, tunggu dulu!”

Kali ini lembaga tadi sudah terpacak betul-betul di depannya. Namun Jibril tetap juga bangun dari duduk dan terus memasang langkah. Cuma itulah, kalau dia berjalan straight memang akan bertembung depan-depan dengan si hantu ini. Nak buat macam mana lagi? Jika dia mengelak, corner ikut lain, kantoilah dia memang nampak si hantu tu!

Selangkah.

Dua langkah.

Tiga langkah.

Jantung Jibril kian cemas berlari. Semakin dekat tubuh mereka untuk berselisih, terasa semakin kencang getarannya. Dan saat bahu mereka berada pada garisan yang sama, dia terus menahan nafas. Bukan setakat nafas saja, malah dia turut mendesak pandangannya agar tak terlencong ke kiri.

Don’t look at her! Jangan biarkan perempuan itu tahu yang dia ada kebolehan untuk melihat sesuatu yang bukan dari dunianya.

Sebaik saja melepasi tubuh berbaju kurung serba putih itu, Jibril menghembus nafas panjang. Pintu bilik segera ditutup rapat walaupun dia tahu lembaga itu pasti boleh tembus masuk ke sini dari mana-mana dinding yang diingini. Dengan perasaan gemuruh, kelam-kabut dia mencapai tuala dan terus beredar ke kamar mandi.

Dah jadi satu kerja pagi ini dia mandi sambil pakai boxer. Punyalah risau kot-kot hantu bernama Aralyn itu datang skodeng!

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Gabungan unik seram, romantik dan komedi yang menghiburkan.
  • Watak Jibril yang lucu dan sentiasa cuba mengelak daripada Aralyn.
  • Misteri tentang identiti sebenar Aralyn yang membuatkan pembaca terus tertanya-tanya.
  • Kisah cinta paranormal yang berbeza daripada novel romantik biasa.
  • Gaya penulisan Acik Lana yang santai, kelakar dan mudah dihayati.

Genre Novel Dancing With Your Ghost

Seram Romantik, Paranormal Romance, Supernatural Romance, Misteri, Komedi Romantik, Urban Fantasy.

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Novel seram romantik Melayu.
  • Kisah cinta paranormal dan supernatural.
  • Watak hero kelakar dan relatable.
  • Novel misteri yang ringan dan menghiburkan.
  • Peminat karya-karya Acik Lana.

Novel Berkaitan

  • Kekasih Khayalan
  • 30 Hari Yang Selamanya
  • Novel Acik Lana
  • Novel paranormal romance Melayu
  • Novel seram romantik Melayu
PenulisAcik Lana
GenreSeram Romantik
PenerbitBooku
BahasaBahasa Melayu
Tahun Terbitan2025

Booku merupakan antara penerbit novel Melayu yang terkenal dengan karya penuh emosi, kekeluargaan dan konflik kehidupan yang dekat dengan pembaca tempatan.


Di BBO Rumah Novel Melayu, anda boleh mendapatkan pelbagai novel terbitan Booku dengan harga menarik serta pilihan genre seperti cinta, kekeluargaan, drama dan motivasi kehidupan.


Semua buku dihantar dengan pembungkusan rapi ke seluruh Malaysia.


Lihat semua novel Booku di sini

Write a review

Dancing With Your Ghost Oleh Acik Lana

Dancing With Your Ghost Oleh Acik Lana

Dancing With Your Ghost karya Acik Lana ialah novel seram romantik yang mengisahkan Jibril dan Aralyn dalam hubungan penuh misteri, jenaka dan emosi. Sebuah kisah cinta luar biasa yang mengaburkan sempadan antara dunia nyata dan dunia yang tidak terlihat.