Semakin ke penghujung tahun 2017, beberapa kedai buku mula membuat promosi jualan murah. BBO juga tidak ketinggalan ambil peluang ini. Kebetulan pula hari ini merupakan hari gaji bagi kakitangan awam setelah sekian lama mengikut perut. Lebih kurang 45 hari tempohnya. Fuhh...memang lama dan penantian itu satu penyiksaan.
Namun hari ini, 23 Nov merupakan hari gaji bagi mereka. Alhamdulillah. Suasana ceria dan gembira di seluruh pelusuk tanah air. Inilah rahmatnya apabila dapat gaji. Pada hari ini juga, BBO ambil peluang untuk tawarkan diskaun 20% kepada semua pembeli buku di BBO. Diskaun ini sah selama 2 hari, bermula 23 Nov sehinggalah 24 Nov 2017.
Kepada peminat-peminat buku yang telah lama memendam rasa dan mahu melepaskan geram, inilah masanya untuk membuat pembelian. Belilah ketika tawaran diskaun dibuka. Pada masa ini, rakan-rakan dapat jimat dengan banyak sekiranya beli dalam kuantiti yang banyak.
BBO juga dalam proses memasukkan buku kanak-kanak edaran Edukidbooks. Masih banyak lagi yang perlu dilakukan. Namun rakan-rakan dah boleh melayari website BBO untuk meninjau dahulu tajuk-tajuk yang dirasakan sesuai untuk bacaan kanak-kanak.
Cuti sekolah pun semakin hampir. Inilah masanya untuk tanamkan sikap suka membaca kepada anak-anak. Isi masa cuti mereka dengan membaca. Sekurang-kurangnya mereka ada aktiviti apabila cuti sekolah menjelma.
Jom layari website BBO sekarang juga dan carilah buklu kegemaran masing-masing. Jangan lupa hari ini tawaran diskaun bermula. Jimat duit gaji.