Sekiranya rakan-rakan BBO dah jumpa tajuk buku yang berkenan, sila tangguhkan dahulu untuk hantar tempahan pada hari ini. BBO larang kerana BBO mahu rakan-rakan dapat penjimatan sebanyak 20%.
Ini adalah kerana pada 23 - 24 Nov, BBO tawarkan diskaun sebanyak 20% untuk semua kategori buku. Jadi rakan-rakan dah jimat 20%. Jika hantar tempahan pada hari ini, tak dapatlah penjimatan tersebut. Jadi tangguhkan dahulu niat baik tersebut. Dalam kes ini, bertangguh yang ada keuntungan. Setuju?
Bagaimana nak tahu esok dapat jimat 20%. Senang sahaja caranya. Bermula 23 Nov, BBO akan aktifkan semua akaun rakan-rakan yang telah berdaftar di website BBO. Apabila dah log in akaun, rakan-rakan secara automatik dapat penjimatan 20%. Rakan-rakan boleh bandingkan harga dengan harga asal di ruangan sinopsis tajuk buku masing-masing.
Namun, pastikan ada akaun dan dah log in akaun masing-masing. Barulah dapat lihat perbezaan harga. Mudahkan? Jadi hari ini, pilih dahulu tajuk-tajuk buku yang berkenan. Esok, 23 Nov, barulah hantar tempahan dan buat bayaran.
BBO ucapkan selamat berjaya dan selamat membeli buku di BBO