Reduced price! Adab Dalam Islam Lengkap Serta Mengikut Sunnah Rasulullah SAW Expand

Adab Dalam Islam Lengkap Serta Mengikut Sunnah Rasulullah SAW

Al-Hidayah Al-Hidayah

AL

New

Penulis : Fuad Abdul Aziz Asy-Syalhub

More details

RM30.40

RM32.00

-5%

Tajuk : Adab Dalam Islam Lengkap Serta Mengikut Sunnah Rasulullah SAW
Penulis : Fuad Abdul Aziz Asy-Syalhub
Harga : RM32.00
ISBN : 9789674393434
Mukasurat : 448
Berat (kg) : 0.7
Saiz (inci) : 6 x 9

Sinopsis
“Sesungguhnya aku (Muhammad) diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak.”

Nabi Muhammad diutuskan adalah untuk memberi contoh dan teladan yang terbaik dalam kehidupan seharian kita. Contoh yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW bukan sahaja khusus dalam bidang pentadbiran atau dakwah semata-mata. Ia merangkumi seluruh aspek dan keperluan kehidupan. Adab dan akhlak yang dipraktikkan oleh Nabi SAW telah menjadikan Islam dan Negara Islam cemerlang dan berjaya.

Keampuhan dan kekuatan Islam dan tamadun Islam ketika zaman Nabi SAW dan para sahabat bukanlah kerana hebatnya pasukan tenteranya atau kekayaan hasil keluarannya, tetapi ia sebenarnya terletak pada adab, akhlak dan peribadi umat Islam yang tidak ada bandingannya. Islam berkembang ke seluruh pelusuk dunia kerana kecantikan dan keindahan akhlak dan peribadi yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW dan umat Islam.

Adab yang diajarkan oleh Baginda SAW bukan sahaja sesama umat Islam, malah kepada semua termasuk makhluk-makhluk lain yang berada di sekitar kita. Inilah keindahan dan kesempurnaan adab yang diajarkan oleh Nabi SAW yang dikagumi oleh semua termasuk mereka yang bukan Islam.

Para ilmuan Islam terdahulu amat menekankan tentang pengajian adab sebelum mereka mempelajari ilmu. Seorang alim telah berkata kepada anaknya, “Wahai anakku, jadikan amalmu ibarat garam dan adabmu ibarat tepung. Yakni perbanyakkanlah adab seperti perbandingan banyaknya tepung dan garam dalam satu adunan. Banyak adab dengan sedikit amal soleh lebih baik daripada amal dengan sedikit adab.”

Al-Hidayah menerbitkan pelbagai buku Islam, motivasi dan pembangunan diri yang sesuai untuk semua peringkat pembaca.


Antara topik yang sering mendapat perhatian termasuk fardhu ain, kekeluargaan, pendidikan anak, motivasi dan kerohanian.


BBO Rumah Novel Melayu menyediakan pelbagai buku terbitan Al-Hidayah secara online dengan penghantaran ke seluruh Malaysia.


Lihat semua buku agama Al-Hidayah di sini

Write a review

Berebut Pahala Ketika Haid

Penulis : Haviva Abu Bakar