International shipping Secure payment
Basri Brahim Al-Hasani Al-Azhari
Tajuk : 77 Manusia Bakal Berlindung Di Bawah Arasy Ar-Rahman Di Hari Kiamat
Penulis : Dr. Basri Brahim Al-Hasani Al-Azhari
Harga : RM5
ISBN : 9789675984099
Mukasurat : 177
Berat (kg) : 0.3
Saiz (inci) : 5 × 8
Sinopsis
Manusia yang berhak dan layak untuk berada di bawah lindungan Arasy Ar-Rahman pada hari pembatasan nanti adalah mereka yang mulia yang beramal menurut cara hidup Al-Quran dan AsSunnah. Sudah pasti, kita mengimpikan untuk menjadi mereka yang mendapat perlindungan tersebut. Apakah kriteria golongan manusia yang bertuah itu.
Buku ini menjelaskan kriteria mereka yang mendapat naungan Allah tersebut. Semoga dengan apa yang dijelaskan itu akan mendorong kita untuk meningkatkan dan memperteguhkan lagi keimanan terhadap Allah s.w.t.Adalah tidak susah bagi seorang hamba untuk menjala pahala, sekiranya ia mengetahui daripada pintu mana ia masuk, clan seterusnya menjalankan ibadah kepada Allah s.w.t., sehingga kerja-kerja dunia menjadi amal akhirat, bahkan aktiviti rutin seharian seperti makan,minum mandi, tidur dengan isteri, semuanya akan menjadi pahala.
Bagaimanapun, semua amal manusia di ambil kira sebagai ibadah dan diterima di sisi Allah s.w.t. apabila memenuhi dua syarat, iaitu Ittiba'Nabi Muhammad s.a.w. dan ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t.
Buku ini menunjukkan jalan bagi pembaca ke arah pintu-pintu pahala, samaada yang dilakukan oleh hati seperti ikhlas, sabar, syukur, ataupun yang mesti dibuktikan dengan perbuatan seperti sedekah, silaturrahim, adil, berbakti kepada ibubapa, bahkan yang bersifat kebajikan sosial seperti menjaga anak yatim, berbaik dengan jiran tetangga dan kasih sayang sesama makhluk.