Reduced price! Ayat-Ayat Cinta Expand

Ayat-Ayat Cinta

Al-Hidayah Al-Hidayah

Al-Hidayah

New

Penulis : Habiburrahman El Shirazy

More details

RM21.51

RM23.90

-10%

Tajuk : Ayat-Ayat Cinta
Penulis : Habiburrahman El Shirazy
Harga : RM23.90
ISBN : 9789832672364
Mukasurat : 510
Berat : 0.32kg
Saiz : 6 x 8in

Sinopsis

PEMENANG PENA AWARD NOVEL TERPUJI NASIONAL 2005
&
PEMENANG ANUGERAH PENGHARGAAN THE MOST FAVORITE BOOK 2005

Sesekali dalam ketenangan sastera Indonesia datang mengejut gelora seni yang tidak tersangkakan. Jika dulu pernah hadir “Ateist”, “Perburuan”, “Pulang”, “Merahnya Merah” dan “Bumi Manusia”, kini tampaknya gelora itu datang dalam bentuk “Ayat-Ayat Cinta” pula. Ternyata ia adalah sebuah novel yang sangat memujuk dan menghiburkan. Dengan bahasa yang sederhana mengalir, novel ini menghadapkan kita kepada sekelompok mahasiswa Indonesia yang tidak saja tekun menangguk ilmu, malah berupaya mengisi kehidupan dengan penuh sabar. “Ayat-Ayal Cinta” memangnya pintar mengheret kita menjejaki — malah menghidu — perhubungan Fahri (Indonesia) dan Maria (Mesir) secara penuh mengajar, menghantar isyarat dan kebijaksanaan baru melalui perhubungan sopan antara insan dua negara.
Rasanya memang sesekali kisah cinta yang Islami begini sempat disampaikan dengan penuh tertib. Maka itu, tidak membacanya seperti sengaja melepaskan peluang untuk mencium bau, merasa iklim dan memahami gerak hidup insan Indonesia baru di iuar dan di dalam negaranya.
A. Samad Said Sasterawan Negara

Berbeza rentak dan nada dengan Harry Potter, akhirnya AyatAyat Cinta terpilih sebagai The Most Favorite Book…”
MAJALAH MUSLIMAH, Edisi Januari 2006

“Penulis novel ini berjaya menggambarkan latar (setting) sosiobudaya Timur Tengah dengan begitu hidup tanpa perlu menggunakan istilah-istilah bahasa Arab. Bahasanya yang mengalir, perwatakan tokoh-tokohnya yang begitu kuat, dan gambaran latar yang begitu hidup, menjadikan kisah dalam notel ini terasa seolah-olah ianya benar-benar terjadi. Ini adalah contoh novel karya penulis muda yang sangat baik!”
AHMADUN YOST HERFANDA Sasterawan dan Redaksi Budaya Republika

“Jarang ada buku seperti ini. Saya tidak yakin akan ada novel seumpama ini daripada penulis muda Indonesia yang lain, bukan sahaja pada ketika ini bahkan pada beberapa puluh tahun di masa hadapan. Begitu menyentuh. Begitu dalam. Dan begitu dewasa!”
MOHAMMAD FAUZIL ADHIM Pakar Psikologi dan Penulis Buku-buku Best Seller

“Jika Naquib Mahfuz menulis Mesir dari pandangan orang Mesir, maka Mesir kali ini ditulis dalam pandangan orang Indonesia. Novel ini ditulis oleh orang Indonesia yang betul-betul faham selok-belok negeri itu, hingga kepada perincian-perincian yang paling kecil. Ianya hidup, berbaur dan berinteraksi dalam kehidupan sehari-hari; lalu menyerap roh dan pengetahuan darinya, dan dituangkan dengan sepenuh hati ke dalam bentuk novel yang kaya, Ditulis dengan bahasa yang lancar, dengan tokoh-tokoh yang “hidup” dan bersekilas pandang dalam pelbagai perwatakan. Membaca novel ini adalah seperti membuka cermin cakerawala yang terbuka…
JONIARIADINATA Penulis Cerpen, Redaksi Jumal Cerpen Indonesia

Write a review

Meh, Sandar Pada Aku!

Penulis : Aifa Batrisya