Reduced price! Ketika Cinta Bertasbih Episod 1 Al-Hidayah Expand

Ketika Cinta Bertasbih Episod 1

Al-Hidayah Al-Hidayah

Al-Hidayah

New

Penulis : Habiburrahman El Shirazy

More details

RM19.71

RM21.90

-10%

Tajuk : Ketika Cinta Bertasbih Episod 1
Penulis : Habiburrahman El Shirazy
Harga : RM21.90
ISBN : 9789832672548
Mukasurat : 484
Berat : 0.32kg
Saiz : 6 x 8in

Sinopsis
Entah kenapa tiba-tiba dia merasa berdosa. Dia merasa berdosa dan jijik pada dirinya sendiri yang begitu rapuh, mudah terperdaya oleh tampilan luar yang menipu. Dia jijik pada dirinya sendiri yang dia rasa terlalu cair pada lawan jenis yang belum halal baginya. Dia hairan sendiri kenapa jati dirinya seolah pudar saat berhadapan atau berdekatan dengan Eliana. Apakah telah sedemikian lemah imannya sehingga kecantikan jasadi telah sedemikian mudah menyihir dirinya. Dia beristighfar dalam hatinya. Berkali-kali dia meminta ampun pada Zat yang menguasai hatinya.

Azzam meratapi kekhilafannya dan memarahi dirinya sendiri. Dalam hati dia bersumpah akan lebih menjaga diri. dan hal yang menistakan seperti itu tidak boleh terjadi lagi. Dia juga bersumpah untuk segera menemukan orang yang tidak kalah hebatnya dengan Eliana, tapi bertudung litup, solehah, boleh berbahasa Arab dan berbahasa Inggeris dengan fasih. Kalau terpaksa gadis itu orang Mesir tidak mengapa. Yang jelas rasa terhinanya harus dia sirnakan.

Dia harus menemukan kembali kehormatannya sebagai seorang Azzam yang memiliki harga diri. Meskipun masyarakat Indonesia di Mesir mengenalinya hanya sebagai tukang masak atau penjual tempe, tapi harga diri dan kesucian diri tidak boleh diremehkan oleh siapapun juga. Dia yakin akan memperolehi isteri yang lebih jelita dari Eliana, dan lebih baik darinya. Dia yakin itu tekadnya. Dia ulang-ulang tekad itu dalam hatinya. Dia rajut dengan doa. Dia bawa tekad itu ke dalam tidurnya. Ke dalam mimpinya. Dan ke dalam alarn bawah sedarnya.

Write a review

Suami Aku Ustaz

Penulis : Hannah Dhaniyah