Reduced price! Hal-Hal Yang Membatalkan Solat Anda Expand

Hal-Hal Yang Membatalkan Solat Anda

Al-Hidayah Al-Hidayah

AL

New

Penulis : Ali Hasan

More details

RM12.35

RM13.00

-5%

Tajuk : Hal-Hal Yang Membatalkan Solat Anda
Penulis : Ali Hasan
Harga : RM13.00
ISBN : 9789670465562
Mukasurat : 176
Berat (kg) : 0.3
Saiz (inci) : 6 x 8

Sinopsis
Solat pada bahasa bermaksud berdoa atau mengagungkan. Solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbiraktul ihram dan disudahi dengan memberi salam. Allah s.w.t berfirman: "Dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu satu kewajiban yang ditentukan waktu ke atas orang yang beriman". Solat merupakan ibadat yang diwajibkan ke atas setiap individu Muslim dan Muslimah yang mukallaf di mana Islam telah mengajarkan kita supaya melatih kanak-kanak menunaikan solat sejak daripada umur 7 tahun lagi. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Suruhlah anak-anak kamu solat ketika mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka sekiranya meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun. Asingkanlah mereka (lelaki dan perempuan) daripada tempat tidur"

Meninggalkan solat dengan sengaja tanpa uzur juga dikategorikan sebagai melakukan dosa besar dan boleh membawa kepada kekufuran jika disertai dengan rasa engkar akan kefarduannya. Bahkan ibadah agung inilah yang akan pertama kali dihisab oleh Allah SWT di padang Mahsyar sebelum amalan-amalan yang lain. Buku yang padat tentang solat ini disusun khas buat para pembaca di mana kandungannya meliputi pengertian solat, syarat-syaratnya, nilai solat dalam kehidupan, persiapan menunaikan solat, perkara-perkara yang membatalkan solat, disunatkan, makruh, solat-solat sunat, cara-cara solat Rasulullah SAW serta panduan untuk khusyuk dalam solat. Hayatilah ibadat solat dengan menunaikannya dengan sepenuh hati agar kita sentiasa pasrah, rindu, cinta dengan penuh rasa penghambaan kepada Pencipta yang Maha Agung, Tuhan semesta alam yang Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.

Write a review

Kesalahan Semasa Mendirikan Solat Jilid 2

Penulis : Syeikh Salahuddin As-Sa’id