International shipping Secure payment
Penulis : Imam Muhammad Bin Idris Al-Syafi’i
Tajuk : Ensiklopedia Imam Al-Syafie Jilid 1
Penulis : Imam Muhammad Bin Idris Al-Syafi’i
Harga : RM60.00
ISBN : 978-967-368-125-9
Mukasurat : 591
Berat (kg) : 1.5
Saiz (inci) : 7 x 10
Sinopsis
Imam Muhammad bin Idris Al-Syafie atau lebih dikenali dengan Imam Al-Syafie banyak meninggalkan karya yang menjadi rujukan umat Islam. Kitab beliau yang paling utama dan menjadi teras dalam mazhab Al-Syafie ialah kitab Al-Umm (Kitab Induk). Ia dinamakan sedemikian kerana boleh dikatakan semua penulisan dalam mazhab Al-Syafie berasal daripada kitab ini. Kitab ini membahaskan berbagai-bagai persoalan lengkap dengan dalil-dalilnya, baik daripada Al-Quran, Al-Sunnah, ijmak dan qias. Ia juga boleh dianggap sebagai kitab hadis kerana dalil-dalil hadis yang dikemukakan menggunakan jalur periwayatan yang tersendiri sebagaimana layaknya kitab-kitab hadis.
Jilid pertama buku daripada Kitab Al-Umm ;ini menceritakan dengan panjang lebar mengenai biografi Imam Al-Syafie secara terperinci khususnya sejarah kehidupan Imam Al-Syafie dalam mencari ilmu. Jilid ini juga membicarakan tentang keilmuannya, karya-karya beliau yang menjadi rujukan serta sejarah perkembangan mazhab Al-Imam sendiri. Moga ensiklopedia yang telah diterjemahkan ini memberikan manfaat besar kepada para pembaca dan penuntut ilmu.
Al-Hidayah menerbitkan pelbagai buku Islam, motivasi dan pembangunan diri yang sesuai untuk semua peringkat pembaca.
Antara topik yang sering mendapat perhatian termasuk fardhu ain, kekeluargaan, pendidikan anak, motivasi dan kerohanian.
BBO Rumah Novel Melayu menyediakan pelbagai buku terbitan Al-Hidayah secara online dengan penghantaran ke seluruh Malaysia.