International shipping Secure payment
Penulis : Ibnu Shaby
Tajuk : Agar Suami Tidak Curang!
Penulis : Ibnu Shaby
Harga : RM14.00
ISBN : 9789670268217
Mukasurat : 207
Berat (kg) : 0.3
Saiz (inci) : 6 x 8
Sinopsis
Perkahwinan yang bahagia adalah suatu yang sering diimpikan oleh setiap pasangan. Harapan agar kekal hingga ke akhir hayat. Tidak ada badai atau angin kencang yang boleh menggoncang ketenangan pelayaran bahtera perkahwinan.
Namun kadang-kadang, kita hanya merancang. Di tengah-tengah pelayaran yang tenang badai mampu menggegarkan bahtera perkahwinan. Bak kata pepatah “disangka panas sampai ke petang tetapi hujan di tengah hari.”
Isu yang ingin diutarakan di dalam buku ini bukanlah untuk kita berburuk sangka terhadap pasangan kita. Atau kita tidak percaya kepadanya. Sudah pasti, setelah memeterai ikatan perkahwinan setiap hari suatu yang baru akan kita fahami tentang pasangan kita. Untuk mengharungi pelayaran semestinya ilmu dan persediaan diperlukan. Buku adalah salah satu ilmu dan persediaan agar kita bahagia yang kita impikan menjadi kenyataan. Yang paling penting dalam hidup berpasangan ini adalah kesefahaman, tolak ansur, kesabaran dan mentaati perintah Allah.