Reduced price! Di Saat Cinta Itu Datang Expand

Di Saat Cinta Itu Datang

Suara Hati Publication Suara Hati Publication

FP

New

Penulis : Impiangella

More details

RM26.60

RM28.00

-5%

Tajuk : Di Saat Cinta Itu Datang
Penulis : Impiangella
Harga : RM28
ISBN : 9789672300533

Sinopsis
Kedegilan Aairin Tahany pada malam itu menyebabkan orang yang disayangi tergadai maruah diri. Perasaan bersalah menghantui diri. Dek pengorbanan Auntie Su itu, Aairin sanggup buat apa saja untuk Auntie Su. Dia dihina, dicemuh malah dia disakiti dan dikasari. Berharap, agar ianya dapat mengurangkan rasa bersalahnya pada Auntie Su.

Empat tahun Aairin lari daripada realiti, akhirnya dia terpaksa kembali berhadapan dengan semuanya. Nekad mahu merungkaikan ikatan yang terjalin atas rasa bersalahnya. Bagi Aairin, kebahagiaan tidak akan wujud dalam hubungan mereka.

Namun, tidak bagi Aaidan. Bukannya dia mahu melupakan apa yang telah berlaku, tetapi mahu menerima sebuah kenyataan hidup yang perlu melangkah ke depan.

“Anna adalah masa silam abang. Aairin adalah masa depan abang. Kita hidup berjalan ke hadapan bukan ke belakang. Abang tak akan sesekali berpaling semula ke belakang Aairin.” - Aadian Naail.

Di saat cinta itu datang, segala-galanya menjadi rumit. Kisah lalu kembali menghantui. Kebahagiaan yang baru terbina dilanda masalah.

“Jangan tinggalkan abang.” - Aaidan Naail

“Awak memang kejam Aaidan!” - Aairin Tahany

Di sebalik penderitaan itu, ada yang merencana rupanya. Perlahan-lahan semuanya terungkap. Namun, mampukah hubungan itu dipertahankan setelah kemunculan semula seseorang itu? Dan layakkah Aairin menerima semua penderitaan kerana kesalahannya itu?

Suara Hati Publication

Write a review

Aminah Tempo

Penulis : Sara Hezra