Reduced price! Kekasih Tulip Expand

Kekasih Tulip

Suara Hati Publication Suara Hati Publication

FP

New

Penulis : Miz Amaryllis

More details

RM23.75

RM25.00

-5%

Tajuk : Kekasih Tulip
Penulis : Miz Amaryllis
Harga : RM25.00
ISBN : 9789672300427
Mukasurat : 518

Sinopsis
Kiriman jambangan bunga tulip daripada seseorang yang hanya dikenali sebagai Kekasih Tulip telah membuatkan seluruh hidup Juliana diselubungi teka-teki.

Sudilah terima jambangan tulip ini. Jika diizinkan Tuhan, kita akan bertemu satu hari nanti.

– Kekasih Tulip.

Zafril… abang kepada Zara, kawan baik Juliana pula mendesak Juliana agar bertemu dengan Ray yang sedang terlantar koma di hospital.

“Kenapa kau nak sangat aku jumpa dia?” - Juliana.

“Kau akan tahu juga nanti siapa Ray.” - Zafril.

Perasaan cinta Juliana pada Zafril terpaksa dikuburkan. Dia sedar, dia bukanlah pilihan Zafril walaupun Puan Suwaibah, ibu Zafril begitu menginginkannya menjadi isteri kepada satu-satunya anak lelaki tunggal dalam keluarga itu.

“Maafkan aku. Aku tak suka kau. Aku dah beritahu mama yang aku dah ada calon sendiri.” –Zafril.

Belum reda dengan misteri siapa Kekasih Tulip dan bingung dengan desakan Zafril, timbul pula masalah lain. Seorang lelaki yang digelar Helmi sering muncul di depan Juliana.

“I just need someone to talk….” – Helmi.

Kehadiran lelaki-lelaki itu dalam hidup Juliana telah menyebabkan Juliana mula berteka-teki siapa sebenarnya Kekasih Tulip yang sentiasa mengirimkan jambangan bunga tulip kepadanya.

Dapatkah Juliana mengetahui siapa sebenarnya Kekasih Tulip? Apakah rahsia yang disembunyikan oleh Zafril tentang Ray? Apakah pula kaitan Helmi dalam hidup Juliana?

Suara Hati Publication

Write a review

Kekasih Tulip

Kekasih Tulip

Penulis : Miz Amaryllis