International shipping Secure payment
Penulis : Ilya Abdullah
Tajuk : Demi Cintaku Demi Cintamu
Penulis : Ilya Abdullah
Harga : RM26.00
ISBN : 9789671675946
Sinopsis
ELEANOR... anak kedua Datuk Ariffin yang kuat memberontak dan paling keras kepala. Berang dengan aturan perkahwinan untuk menyatukan dia dengan anak lelaki Puan Marlia, kasanova tersohor mengundang kematian papanya.
Pelbagai masalah mengepung hidupnya. Masalah hutang syarikat papanya, keretakan hubungan di antara dia dengan adik perempuannya, Elena Maria... permusuhan dengan kakak iparnya, Susana dan bosnya yang mahu menjadikan dia isteri ketiga. Juga cintanya yang dikhianati oleh Hairie. Namun dia masih mempunyai abangnya, Elman dan sahabat baiknya, Aleeza yang amat memahami.
Kemunculan Weir Zafril membuatkan hidup Eleanor semakin huru-hara. Lelaki yang pernah mempunyai hubungan dengan kakak iparnya itu menawarkan bantuan untuk nenyelamatkan syarikat milik keluarga Eleanor tetapi! Ada udang di sebalik batu. Syaratnya... Eleanor haruslah berkahwin dengannya.
Suara Hati Publication