International shipping Secure payment
Penulis : Prof Dr Hamka
Tajuk : Renungan Tasawuf Manisnya Iman
Penulis : Prof Dr Hamka
Harga : RM17.00
ISBN : 9789833707812
Sinopsis
Buku ini adalah kumpulan karangan dari ceramah Allahyarham Buya Hamka dari tahun-tahun yang berbeza. Antaranya:
(1) Akal dan Khayal
(2) Kewajipan dan Akhlak Kaum Muslimin dalam Bernegara
(3) Agama ialah cinta
(4) Di Antara Cinta dan Fanatik
(5) Kepercayaan dan Pengetahuan
(6) Lailatul Qadar
(7) Untuk Menjadi Perbandingan
(8) Terakhir, Pemimpin Agama
Kemudian, himpunan ini kami beri judul: Renungan Tasawuf, Manisnya Iman, iaitu renungan Prof. Dr. Hamka sendiri yang dalam dakwahnya selalu menggunakan pendekatan tasawuf, dan pendekatan cinta yang menyentuh batin para pendengar dan pembacanya.
Karangan-karangan ini memang bukan merupakan huraian ilmiah yang berat untuk difahami sebagaimana kebanyakan karya Allahyarham, semua tulisan-tulisan yang kami muatkan boleh digolongkan sebagai karangan popular, dalam erti yang mudah diterima oleh pembaca.
Meskipun demikian, perkara yang direnungkan adalah soal-soal dasar dan teras Islam, yang memang memerlukan perenungan dan pendalaman. Justeru di sinilah letak keistimewaan Hamka sebagai pengarang. Iaitu kecekapannya membahas perihal keagamaan, falsafah dan tasawuf yang berat-berat dalam bahasa yang agak puitis, ringan dan mudah difahami oleh pembaca awam. Pastinya hal ini menunjukkan keseniman Hamka, di samping keulamaannya