PEMBERIAN BAUCER TAMBAHAN

SILA TEBUS DI SINI

Reduced price! Think And Grow Rich (Edisi Bahasa Melayu) Expand

Think And Grow Rich (Edisi Bahasa Melayu)

PTS PTS

PTS

New

Penulis : Napoleon Hill

More details

This product is no longer in stock

RM28.41

RM29.90

-5%

Tajuk : Think And Grow Rich (Edisi Bahasa Melayu)
Penulis : Napoleon Hill
Harga : RM29.90
ISBN : 978-967-369-168-5

Sinopsis
Buku-buku kewangan yang ada pada masa kini banyak mengajar pembaca supaya berjimat cermat, menabung, meningkatkan pelaburan, bersara awal, dan melangsaikan hutang secepat mungkin. Namun, tidak ada satu pun buku kewangan yang mampu menandingi buku ini. Mengapa?

Think and Grow Rich langsung tidak menyentuh soal kemahiran teknikal dalam bidang kewangan, tetapi buku ini membantu pembaca mengatasi halangan secara psikologi yang selama ini menutup jalan bagi mencapai kekayaan. Turut diringkaskan dalam buku ini ENAM langkah mencapai kekayaan:

1) Tetapkan jumlah wang yang kita mahu, bukan sekadar menyatakan dalam diri, "Saya mahu banyak wang."
2) Kenal pasti pengorbanan mesti dilakukan demi mendapatkan wang yang kita mahukan.
3) Tetapkan tarikh yang pasti, iaitu bila kita akan mendapat wang yang kita mahu.
4) Atur perancangan bagi merealisasikan kemahuan itu. Jalankan rancangan itu walaupun kita masih belum bersedia menggerakkannya.
5) Tulis secara jelas beberapa perkara, iaitu jumlah wang yang kita mahu, masa yangdiperlukan, dan pengorbanan yang perlu kita lakukan demi mendapatkan wang itu.
6) Baca semula dengan kuat perkara yang kita tulis. Baca sebanyak dua kali sehari, iaitu sebelum kita tidur dan selepas kita bangun daripada tidur.

Sumber kekayaan yang paling penting bukanlah material, tetapi aset rohani yang jauh lebih bernilai, iaitu semangat, kemahuan, visi dan matlamat, serta keupayaan mengawal minda. Semestinya Think and Grow Rich adalah karya terbaik yang mampu membimbing pembaca supaya sentiasa memanfaatkan sumber yang tidak ternilai ini.   


Isi Kandungan
Bab 1: Kuasa Fikiran

Bab 2: Kemahuan

Bab 3: Keyakina

Bab 4: Saranan Kendiri

Bab 5: Ilmu Pengetahuan Khusus

Bab 6: Imaginasi

Bab 7: Perancangan Tersusun

Bab 8: Membuat Keputusan

Bab 9: Ketabahan

Bab 10: Kuasa Master Mind

Bab 11: Rahsia Mengubah Perasaan Intim

Bab 12: Minda Bawah Sedar

Bab 13: Otak

Bab 14: Deria Keenam

Bab 15: Mengatasi Enam Jenis Ketakutan

Bab 16: Bengkel Mengenal Hantu

Write a review

Aku Terima Nikahnya 3 : Murabbi Cinta

Penulis : Hasrizal Abdul Jamil