International shipping Secure payment
New
Permohonan Dropship
(u/p: Untuk memudahkan pihak pengurusan, yuran dropship ini kami telah gabungkan dengan kos pos - RM7.90. Jadi nilai akhirnya tetap RM10)
Dropship ialah satu sistem/teknik perniagaan masa kini yang TIDAK memerlukan modal yang besar atau simpanan stok. Selain itu rakan-rakan yang telah sertai program ini tidak perlu pos item yang ditempah/dibeli.
Apa yang rakan-rakan perolehi adalah KEUNTUNGAN jualan semata-mata. Yang penting rakan dropship mesti lakukan promosi, promosi, promosi & promosi. Produk utama yang akan rakan-rakan promosikan ialah BUKU/NOVEL BESTSELLER terkini di pasaran yang terdapat di laman website BBO
Tugas rakan dropship ialah buat promosi secara berhemah & bijaksana buku/novel bestseller di wall facebook, fans page, blog atau website masing-masing. Kemudian dapatkan pembeli. BBO bertindak sebagai pengurus & penghantar tempahan bagi pihak rakan dropship setelah menerima semua bayaran & maklumat yang BBO perlukan.
Apa yang akan berlaku sekiranya rakan dropship telah berjaya mendapat pembeli?
1. Rakan dropship telah berdaftar secara SAH di laman web BBO & mempunyai akaun masing-masing.
2. Rakan dropship ambil tempahan mereka. Mungkin ada yang berminat nak order 1 buah buku, mungkin 3 buah buku & mungkin 5 buah buku. Bergantung kepada keberkesanan promosi & teknik promosi masing-masing.
3. Kemudian rakan dropship tempah buku tersebut di laman web BeliBukuOnline.Com.My untuk semak harga lengkap dengan kos penghantaran (sama ada Pos Laju atau Parcel Biasa). Langkah yang sama rakan-rakan lakukan untuk tempah buku di BBO selama ini.
4. Setelah mendapat harga keseluruhan, rakan dropship boleh maklumkan kepada bakal pembeli tadi sama ada secara sms, PM, DM atau email untuk mendapat persetujuan pembelian. Jika telah bersetuju & bayaran juga telah diterima, rakan dropship perlu buat bayaran buku kepada BBO setelah ditolak keuntungan rakan dropship (keuntungan 15%).
Jika harga buku bernilai RM20.00, rakan dropship bakal terima RM3.00 sebagai untung setelah ditolak komisyen 15%. Katakan kos pos pula RM8. Jadi rakan dropship perlu bayar kepada BBO hanyalah RM25 dan bukan RM28
5. Setelah menerima bayaran & Id Order dari rakan dropship, BBO akan uruskan penghantaran kepada pelanggan masing-masing mengikut tempahan yang BBO terima. BBO akan emailkan no siri penghantaran masing-masing kepada rakan dropship seperti biasa.
Kepada rakan-rakan yang berminat untuk sertai Dropship BBO, inilah peluangnya
Syarat UTAMA yang WAJIB rakan-rakan penuhi ialah :
a. Amat MINAT kepada buku
b. Seorang yang JUJUR dalam perniagaan. Yang penting mahu lakukan dalam jangkamasa yang panjang.
c. Membuat bayaran dan mohon secara rasmi di website BBO
Setelah berjaya membuat bayaran sila EMAIL atau PM MAKLUMAT DI BAWAH ke https://www.facebook.com/BeliBukuOnline.Com.My
a. Nyatakan No ID Order : cth; ABCDEFGHI
b. Bukti bayaran : salinan resit bank
Akaun Dropship akan diaktifkan apabila BBO telah menerima kesemua maklumat seperti penerangan di atas.
Apabila akaun telah diaktifkan, rakan Dropship hanya perlu Log In seperti biasa. Harga yang tertera di sebelah gambar buku merupakan harga rakan dropship. Harga asal buku boleh disemak di ruangan sinopsis
Katakan rakan Dropship telah berjaya memperolehi tempahan daripada pelanggan. Sebaik sahaja menerima tempahan daripada pelanggan, rakan Dropship hendaklah membuat tempahan di laman web BBO dengan "Add A New Address". Langkah ini perlu dilakukan setaip kali ada pembeli baru
Semasa proses jual beli, semua rakan dropship dikehendaki menyatakan Harga Pembeli kepada pelanggan masing-masing & BUKANNYA Harga Dropship. Selepas menerima bayaran daripada Pembeli, rakan Dropship hendaklah buat bayaran kepada BBO seperti biasa.