International shipping Secure payment
Penulis : Rehan Makhtar
Tajuk : Anak Perempuan Dato' Pengarah
Penulis : Rehan Makhtar
Harga : RM28
ISBN : 9789674692193
Sinopsis
… yang hanya untuk aku
Kata orang, masa akan mengubati segalanya. Kerana itu, sehingga kini Tiani masih berharap waktu itu tiba. Kejadian itu benar-benar meninggalkan parut kekal pada jiwanya. Dia terus membalut resah dan gundah dengan senyuman dan tawa kerana tidak mahu mereka yang disayangi turut sama menderita.
Namun, dia sendiri tak pernah menduga apabila Tuhan menghantar seseorang yang mendengar biarpun dia tidak bersuara. Yang melihat dengan jelas walau dia terus bersembunyi. Yang memahami biarpun tak pernah dia luahkan rahsia hati.
“Eh… kenapa ni, awak?” – Lukman
“Maaf… tapi tolong. Selamatkan saya…” - Tiani
Ketenangan Lukman terganggu. Tak pernah disangka, dalam perjalanan hidup yang mana dia tak pernah kesah tentang cinta, seorang wanita asing tiba-tiba sahaja jatuh ke dalam pelukan. Dia ingin menolak. Tapi, merasakan tubuh halus itu menggigil ketakutan dan melihatkan air mata daripada mata redup itu mengalir lesu, Lukman relakan diri.
“Saya patut suruh awak pergi daripada saya sejak awal…” – Tiani
“Mana lagi saya nak bawa diri kalau awak halau saya pergi sedangkan awak dah ikat mati hati saya?” - Lukman
Berdepan dengan wanita yang sentiasa ketawa menutup kesedihan, yang sering senyum menafi keresahan; Lukman tahu semuanya tak mudah. Kerana dia tahu keresahan, kesedihan malah ketakutan itu jelas tergambar di balik pandangan mata redup itu.
Lukman tahu, masalah telah hadir dalam hidupnya. Tapi, apa nak dikata, kan? Ini adalah masalah yang dia mahu hadap buat seumur hidup.
Kesinambungan Siri "Untuk Aku"
● TAKDIR UNTUK AKU
● SEORANG UNTUK AKU
● DIA UNTUK AKU
Ada Bonus Cerpen Seseorang Untuk Aku "TAK SENGAJA"
ISTIMEWA KALI INI DARI REHAN MAKHTAR