Reduced price! King Haidar oleh Anjell Expand

King Haidar oleh Anjell

Karyaseni Karyaseni

FP

New

King Haidar merupakan novel romantik thriller karya Anjell yang menggabungkan cinta, misteri dan pengkhianatan. Apabila Suria Andreana kembali dipertemukan dengan Raja Haidar, pelbagai rahsia gelap mula terbongkar sehingga dirinya menjadi buruan Ghost X. Penuh dengan debaran, plot twist dan hero alpha male yang memikat.

More details

RM36.10

RM38.00

-5%

King Haidar Oleh Anjell

King Haidar merupakan novel romantik thriller karya Anjell yang menggabungkan elemen cinta, rahsia, pengkhianatan dan aksi yang mendebarkan. Selepas perpisahan yang disangkakan sebagai pengakhiran, Suria Andreana tidak menyangka Raja Haidar kembali hadir dalam hidupnya dengan pelbagai misteri yang belum terungkai.

Semakin dekat dengan lelaki itu, semakin banyak rahsia gelap yang terbongkar sehingga dirinya menjadi buruan individu berbahaya yang dikenali sebagai Ghost X. Novel ini sesuai untuk pembaca yang gemarkan kisah hero alpha male, hubungan penuh ketegangan, konflik emosi dan plot twist yang sukar dijangka.

Sinopsis Novel King Haidar

Takdir mereka sudah lama terjalin.

Mereka pernah mengalami fasa perpisahan seperti pasangan bercinta yang lain. Suria Andreana menjangkakan kisah cintanya dan Raja Haidar sudah berakhir. Namun, semuanya menjadi kompleks apabila lelaki itu kembali muncul dalam hidupnya.

Tapi kali ini Suria tahu yang Haidar bukanlah sembarangan orang. Dia tahu perpisahan mereka dulu juga ada kisah di sebaliknya. Dan kemuncaknya, satu rahsia terbongkar!

King Haidar juga dikenali dengan nama King. Dia bukanlah sekadar lelaki gentleman yang ceria dengan senyuman berlesung pipitnya. Personanya jauh lebih gelap daripada itu! Tapi, itulah yang buatkan Suria lebih tertarik pada Haidar.

“You intrigued me. And I was attracted to you, like ferum to magnet.” – Suria Andreana

Rupa-rupanya banyak rahsia yang tersimpan. Baik Suria mahupun Haidar. Bagaikan satu kotak pandora yang dibuka, hidup Suria terus kacau-bilau setelah itu. Ada harga yang harus dibayar. Dia kini menjadi buruan seseorang yang dipanggil Ghost X.

“Let’s make a deal. Kalau awak setuju untuk kahwin dengan saya, saya akan beritahu awak saya siapa.” – Raja Haidar

Tawaran yang sungguh menarik! Sungguh... sungguh... Suria tertarik dengannya. Namun, perkahwinannya dengan Haidar bukanlah satu penyelesaian. Rupa-rupanya, itu adalah satu permulaan!

Rahsia demi rahsia. Kejutan demi kejutan. Pengkhianatan demi pengkhianatan. Dan ada nyawa yang dipertaruhkan.

“Do you trust me, little sun?” – Raja Haidar

Ya! Hanya Haidar yang dia percaya dengan nyawanya. Dalam menyelesaikan semuanya, mampukah kemenangan menjadi milik mereka?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Hero alpha male yang penuh misteri dan karisma.
  • Gabungan romantik, thriller dan suspense yang mendebarkan.
  • Plot twist yang membuatkan pembaca sentiasa tertanya-tanya.
  • Kisah cinta yang diuji oleh rahsia, pengkhianatan dan bahaya.
  • Sesuai untuk peminat novel romantik Melayu karya Anjell.

Genre Novel King Haidar

  • Novel Romantik Melayu
  • Romantic Thriller
  • Suspense Romance
  • Alpha Male Romance
  • Action Romance

Novel Berkaitan Anjell

  • Dr. Alpha Male oleh Anjell
  • Dheo's oleh Anjell
  • Dia Tetap Sempurna oleh Anjell
  • Lelaki Astatine oleh Anjell
PenulisAnjell
GenreRomantik Thriller
PenerbitKaryaseni
BahasaBahasa Melayu
Tahun Terbitan2022

Karyaseni merupakan antara penerbit novel Melayu yang terkenal dengan karya-karya yang dekat dengan jiwa pembaca tempatan.


Pelbagai genre menarik ditawarkan termasuk novel cinta, kekeluargaan, konflik kehidupan, motivasi dan emosi yang menyentuh hati.


Di BBO Rumah Novel Melayu, anda boleh mendapatkan koleksi buku terbitan Karyaseni secara online dengan penghantaran ke seluruh Malaysia serta pembungkusan yang rapi dan selamat.


Lihat semua novel Karyaseni di sini

Write a review

Mi Veneno oleh Hudanajwa

Penulis : Hudanajwa