Reduced price! Hati Yang Memanggil Namamu Expand

Hati Yang Memanggil Namamu

Karyaseni Karyaseni

FP

New

Penulis : Hanah Rishas

More details

RM32.30

RM34.00

-5%

Tajuk : Hati Yang Memanggil Namamu
Penulis : Hanah Rishas
Harga : RM34.00
ISBN : 9789674691875

Sinopsis

Tuhan punya cara paling indah untuk mempertemukan kita.

“Perempuan tu… Hidupnya menuntut tiga nyawa, kak!” – Engku Fadzlan

ENTAH di mana bermulanya hubungan dingin antara dia dan lelaki itu. Walau tidak dibutirkan secara nyata, tindak-tanduk dan renungan tajamnya melemaskan jiwa. Dia terkapai-kapai dalam keserabutan fikiran. Khilaf apa yang telah dilakukannya sehingga lelaki itu memandang dirinya bagai seorang musuh yang harus diperangi?

“Nama sama, paras serupa. Awak seolah-olah jelmaan ‘Humairah’ kami.” – Haikal

“Dia… Di mana?” – Humairah

“Hilang.” – Haikal

Pertemuan tanpa disangka rupa-rupanya telah membuka selembar hikayat duka dua hati yang selama ini sarut menelan pahitnya erti sebuah kehilangan. Kemunculannya seumpama satu anugerah walau ada rasa ragu menyusup ke dalam jiwa. Siapa dia sebenarnya? Ingatan masa lalu tidak tersingkap, waima dalam sepintas panahan petir di kaki langit. Apatah lagi dirinya sering terhumban ke dalam lembah tidak berdinding itu, yang turut menjelmakan paras seseorang. Lembaga itu saling tidak tumpah menyerupainya!

“Aneh, kan? Kami… Sama. Saya dan Ara… Seolah-olah¬¬ orang yang sama.” – Humairah

Bagaimana hendak diperhalusi perhitungan ini? Alur simpang yang terbentang tidak mungkin mampu disusuri sendirian. Ia penuh onak dan duri, bahkan telah wujud halangan yang bakal meragut nyawanya.

Ada mata yang memerhati. Ada hela nafas yang bergulung mahu dia mati!

Karyaseni merupakan antara penerbit novel Melayu yang terkenal dengan karya-karya yang dekat dengan jiwa pembaca tempatan.


Pelbagai genre menarik ditawarkan termasuk novel cinta, kekeluargaan, konflik kehidupan, motivasi dan emosi yang menyentuh hati.


Di BBO Rumah Novel Melayu, anda boleh mendapatkan koleksi buku terbitan Karyaseni secara online dengan penghantaran ke seluruh Malaysia serta pembungkusan yang rapi dan selamat.


Lihat semua novel Karyaseni di sini

Write a review

Hati Yang Memanggil Namamu

Hati Yang Memanggil Namamu

Penulis : Hanah Rishas