Reduced price! Kecubung Expand

Kecubung

Karyaseni Karyaseni

FP

New

Penulis : Rosa Nur

More details

RM25.65

RM27.00

-5%

Tajuk : Kecubung
Penulis : Rosa Nur
Harga : RM27.00
ISBN : 9789674691509

Sinopsis
Wajahnya cantik tetapi seperti pokok kecubung yang indah bunganya, dia memabukkan serta beracun. Di dalam dirinya mengalir dendam yang sarat dan perlu dibalas. Dia tidak akan puas selagi orang-orang yang telah memperkotak-katikkan maruah dan menghitamkan kehidupannya masih lepas bebas di luar sana.

“Kurang ajar! Kau orang ingat aku ni barang yang kau pecahkan kat pasar raya ke, yang dapat kau tebus dengan membayar ganti rugi?!”

Siapakah sebenarnya perempuan yang sarat dengan dendam itu? Dan kenapakah dia menjadi seorang pendendam?
Sementara itu, peristiwa 5 tahun lepas...

“Siapa nama kau, hah? Kau cantiklah!” – EDDY HAKIMI.

“Memang cantiklah perempuan ni, Eddy. Anugerah dari Tuhan untuk kita berempat kut?” – FARHAN.

“Kejar perempuan tu. Jangan bagi dia lepas!” – EDDY HAKIMI.

Bencana menanti 4 jahanam yang tega menghancurkan hidup seorang gadis yang menghidap penyakit kemurungan. Dalam diam, dia dan sekutunya mula mengatur strategi. Siapakah sekutu gadis sarat dendam ini?

Orang-orang yang tidak bersalah telah dijadikan umpan untuk memerangkap 4 jahanam. Adilkah begitu?
Setelah 5 tahun berlalu dan masing-masing mempunyai kehidupannya sendiri...

“5 tahun lepas, apakah dosa dan kejahatan yang pernah Ray lakukan?” – DARLINA

“Apa jenis soalan yang Darling tanya ni? Ada ke orang dalam dunia ni yang nak mengaku dosa-dosa yang dia dah lakukan? Kita mengaku dengan Tuhan aje tau segala dosa yang kita buat, bukannya mengaku depan orang lain. Itu umpama membuka aib sendiri!” – RAYKAL REDZA

Siapakah Darlina? Siapakah gadis yang berdendam itu? Dan siapakah Raykal Redza di dalam novel ini? Apakah dosa dan kejahatan yang telah dilakukan sehingga si gadis sanggup membunuh? Hayatilah jalan cerita yang penuh konflik dan saspens di dalam novel KECUBUNG karya ROSA NUR.

Karyaseni merupakan antara penerbit novel Melayu yang terkenal dengan karya-karya yang dekat dengan jiwa pembaca tempatan.


Pelbagai genre menarik ditawarkan termasuk novel cinta, kekeluargaan, konflik kehidupan, motivasi dan emosi yang menyentuh hati.


Di BBO Rumah Novel Melayu, anda boleh mendapatkan koleksi buku terbitan Karyaseni secara online dengan penghantaran ke seluruh Malaysia serta pembungkusan yang rapi dan selamat.


Lihat semua novel Karyaseni di sini

Write a review

Novel Dia Tetap Sempurna oleh Anjell Karyaseni

Seorang tukang kayu selekeh yang tiba-tiba berubah menjadi lelaki sempurna. Dari hubungan kekasih jadian di atas kapal persiaran mewah, Dara Nailufar mula mengenali sisi sebenar Eskandar Arasyah. Namun di sebalik kesempurnaan lelaki itu, tersimpan satu rahsia yang mampu mengubah segalanya.