Reduced price! Blaze Bodyguard Angel K20 Terbitan Oktober 2025 Expand

Blaze Bodyguard Angel K20 Terbitan Oktober 2025

Fajar Pakeer Fajar Pakeer

FP

New

Penulis : Angel_K20

More details

RM26.60

RM28.00

-5%

Tajuk : Blaze Bodyguard
Penulis : Angel_K20

Sinopsis
Dalam dunia penuh muslihat, strategi bukan sekadar alat, ia pembunuh senyap yang mematikan. 

Bayangan musuh semakin dekat, satu demi satu nyawa rebah menyembah bumi. Ketika seteru menghampiri, negara hanya memerlukan satu kesilapan untuk binasa. 

Rayyan Razien. Di sebalik setiap langkahnya, tersembunyi seribu helah. Membaca taktik musuh seakan menyedut nafas sendiri. Namun kali ini, ancaman lebih berbahaya yang menggoncang dunia korporat dan nyawanya diperangkap dalam permainan tangan ghaib. 

Apabila aku mula menjejak, aku takkan berhenti." - RAYYAN RAZIEN 

Hana Mikayla. Di tengah gelombang ancaman yang kian mengganas, dia terpaksa berdepan lagi dengan kebenaran tentang siapa Rayyan sebenarnya dan siapa dirinya dalam dunia lelaki itu. Setiap lapisan yang terbongkar hanya mendedahkan betapa jauh lebih besar kuasa dan pengaruh yang dimiliki oleh Rayyan daripada sangkaannya. 

"Jangan fikir aku akan menyerah." - HANA MIKAYLA 

The Great Father. Dendamnya menggila. Dadah Blue Rose kembali dengan wajah baharu, lebih kuat, lebih kebal, dan lebih kejam. Selama-lamanya dia tidak akan kalah dengan asakan pihak berkuasa negara, seteru abadinya. 

"Aku ada di samping kau, Rayyan Razien." - THE GREAT FATHER 

Kelicikan The Great Father menutup mata semua insan; tiada siapa menduga bahawa bayangan sebenar yang mereka takuti selama ini berdiri paling hampir, menyusup bagai racun dalam nadi. 

Setiap langkah dimanipulasi, setiap nafas dipintal menjadi jerat. Kesumat yang tidak pernah padam akhirnya ditebus, bukan dengan kata, tetapi dengan darah yang membasahi bumi. 

Siapa kawan dan siapa lawan? Rayyan terjerat dalam konspirasi yang menggugat bukan sahaja negaranya, bahkan orang yang dia sanggup  pertaruhkan nyawa demi melindungi. 

Cinta. Kepercayaan. Nyawa. Semuanya menjadi pertaruhan. 

Antara api dendam dan bara setia, siapakah yang akan terbakar lebih dahulu? Apakah pengkhianatan itu akhir segalanya, atau permulaan kepada neraka yang lebih panjang? 
"Kalau kau tak khianati aku, pasti kau takkan mati." 

Write a review

Sisakan Aku Cinta Sofia Roses Terbitan September 2025

Penulis : Sofia Roses