International shipping Secure payment
Ceritera Novela: Pearl menghimpunkan tiga novela romantik karya Asyraaf Hazen, Ameeya.Z dan Hanaaeh. Menampilkan kisah cinta yang diuji takdir, kehilangan, harapan dan pengorbanan, setiap cerita membawa emosi tersendiri yang menyentuh jiwa pembaca.
Untuk pembaca yang sukakan koleksi novela romantik, kisah cinta penuh emosi, second chance romance, healing journey, hero setia dan konflik kehidupan yang menyentuh hati.
Warning: Last items in stock!
Availability date:
Ceritera Novela: Pearl merupakan sebuah antologi novela romantik yang menghimpunkan tiga karya istimewa daripada Asyraaf Hazen, Ameeya.Z dan Hanaaeh. Setiap kisah membawa warna emosi yang berbeza, namun disatukan oleh tema cinta, kehilangan, harapan dan ketabahan.
Melalui Noah, Profil DNA Cinta dan Tuan Rizqy, pembaca akan dibawa menyelami perjalanan watak-watak yang berdepan luka masa lalu, ujian kehidupan dan perasaan yang tidak pernah benar-benar hilang.
Novel ini sesuai untuk pembaca yang menggemari kisah romantik yang sarat emosi, watak-watak yang matang serta perjalanan cinta yang berkembang melalui pengorbanan dan keikhlasan.
Pearl, keanggunan yang abadi, namun menyimpan rintihan jiwa yang terbenam bersama waktu.
Semesta ini adalah kanvas agung, diwarnai pelbagai rona yang berdansa. Setiap warna adalah bahasa jiwa, menceritakan rasa tanpa suara.
Tetapi, ini bukan sekadar warna.
ASYRAAF HAZEN – Noah
“Saya tunggu awak"
Mawar Aisya tidak pernah menyangka, lelaki yang dahulunya ibarat bayang kelam dalam hidupnya, kini menjadi imam di sisi. Padanya, lelaki itu tidak lebih daripada topeng yang pandai bersandiwara.
“Saya pernah tak suka awak.” – Mawar Aisya
“Sebab saya tak ambil tahu hal yang tak beri manfaat pada saya.” – Noah Lee
Tatkala bahagia mula menjengah, ujian pula mengetuk tanpa amaran.
Masihkah ada kekuatan, untuk terus berdiri di tengah gelombang yang tak pernah reda?
“Saya tunggu awak di sana.”
AMEEYA. Z – Profil DNA Cinta
“Kalau cinta itu pilihan… kenapa I selalu pilih yang buat I terluka?”
Tun Faqira Waiza pernah percaya dunia ini adil, sehingga satu malam meragut segalanya. Dia bangkit, bukan lagi sebagai ahli forensik, tapi wartawan jenayah. Kemunculan semula Uzair Kai mengungkit luka lama.
“Aku dah jatuh cinta sejak dulu. Dan aku belum jumpa alasan untuk berhenti.” — Uzair Kai
Apakah mereka terus berpura-pura, sedang dunia memaksa memilih cinta, atau kehilangan segalanya?
“Ada dua jenis luka. Satu di tubuh. Satu lagi, yang tak nampak di jiwa.”
HANAAEH – Tuan Rizqy
“Nyawa awak ibarat tanggungjawab saya juga. Tak apa, anggap aje ini rezeki awak di waktu hujan ni.”
Pertemuan Rizqy dan Reana mengubah gadis itu daripada lemah menjadi tabah.
“Awak ni yang bahaya sebenarnya. Suka sangat cakap perkara yang saya tak dapat agak.” — Reana Ayesha
“Keselamatan awak keutamaan saya,” — Rizqy Ayyesh
Benarlah orang kata, action speaks louder than word.
Adakah segalanya bakal tertulis di dalam diari kisah cinta mereka?
“Selamanya, awak adalah hak saya yang paling saya sayang dan paling saya cintai.”
Noah, kisah cinta di dalam badai. DNA Cinta membuka luka lama bersama harapan baru dan Tuan Rizqy menyulam ketabahan sepasang jiwa yang bertahan.
Romantik, Drama Keluarga, Healing Romance, Contemporary Romance, Emotional Romance, Antologi Novela, Fiksyen Malaysia.
| Penulis | Asyraaf Hazen, Ameeya.Z & Hanaaeh |
| Genre | Romantik Melayu |
| Penerbit | Fajar Pakeer |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
| Tahun Terbitan | 2025 |
Fajar Pakeer merupakan antara penerbit novel Melayu yang terkenal dengan karya penuh emosi, kekeluargaan dan konflik kehidupan yang dekat dengan pembaca tempatan.
Di BBO Rumah Novel Melayu, anda boleh mendapatkan pelbagai novel terbitan Fajar Pakeer dengan harga menarik serta pilihan genre seperti cinta, kekeluargaan, drama dan motivasi kehidupan.
Semua buku dihantar dengan pembungkusan rapi ke seluruh Malaysia.