International shipping Secure payment
FP
New
Penulis : Hyun Yunzz, Hasyagrizelle, Butiferly
Tajuk : Ceritera Novela : EMERALD
Penulis : Hyun Yunzz, Hasyagrizelle, Butiferly
Harga : RM30
ISBN : 9789838223072
Sinopsis
Emerald is a rare love, symbolizing eternal beauty and genuine loyalty.
Semesta ini adalah kanvas agung, diwarnai pelbagai rona yang berdansa. Setiap warna adalah bahasa jiwa, menceritakan rasa tanpa suara.
Tetapi ini bukan sekadar tentang warna.
Diksi merangkai makna. Di setiap noktah dan koma, ada cerita yang bermula…
✿ ISEKAI - HYUN YUNZZ ✿
“Haya Izumi, kau bukan manusia lagi.” - K Hayate
Dunia Haya Izumi berubah sepenuhnya apabila dia mendapati dirinya bukan lagi manusia. Memori terakhir yang diingatinya hanyalah kematian. Tetapi...
“Berapa kali aku nak mati dan berpindah ke dunia berbeza?” - Haya Izumi
Dia berada di dunia berbeza dan kehidupannya masih berjalan biarpun di alam lain.
Sejauh mana dia mampu bertahan jika takdirnya di seluruh universe adalah kematian?
Death was just the beginning of her story.
✿ BUKAN YANG DIPINTA – HASYAGRIZELLE ✿
Tentang cinta yang hadir tanpa diduga dan rahsia yang mengubah segalanya. Pernikahan Seroja dan Zubair membentuk hidupnya, namun kemalangan tragis meragut segalanya.
Zubair kehilangan separuh jiwanya. Bertahun-tahun kemudian, terungkaplah sebuah rahsia yang mengejutkan - Seroja ternyata tidak mati.
“Kalau Allah dah tetapkan awak untuk saya, mana mungkin saya tak akan terima kekurangan awak, kan?” – Zubair Amzar
Akankah Zubair dan Seroja menemukan kebahagiaan yang hilang?"
Terkadang, takdir terbaik datang tanpa kita pinta.
✿ SETIA – BUTIFERLY ✿
Apakah janji yang paling manis di bibir tetapi pahit untuk ditunaikan? Setia.
Resah, keliru, serabut, semuanya bercampur menjadi satu tanda tanya.
"Do you love someone?" - Wisya Athirah
Satu lamaran tanpa kata-kata cinta mengikat dua jiwa. Namun, mana mungkin laut tenang tanpa ombak yang bergelora.
Setia itu janji yang paling manis, tetapi bersama manis itu terselit sebuah pergorbanan.
" I don’t believe in happy ending."
Isekai, laksana cahaya di taman yang abadi; Bukan Yang mencerminkan keikhlasan dan ketulusan sejati, yang hanya dapat diselami oleh jiwa yang Setia