Reduced price! Lost In Revenge MySerraa Terbitan Oktober 2024 Expand

Lost In Revenge MySerraa Terbitan Oktober 2024

Fajar Pakeer Fajar Pakeer

FP

New

Penulis : MySerraa

More details

RM28.50

RM30.00

-5%

Tajuk : Lost In Revenge
Penulis : MySerraa
Harga : RM30
ISBN : 9789838222877

Sinopsis
Mereka berkata, dia sedang menerima takdir. Mereka melihat dia sedang menikmati hidup.

Padahal kenyataanya dia tidak begitu. Luka itu masih ada, cuba belajar untuk rela.

Ada kalanya dia terasa lemah. Tidak mampu menempuhnya lagi. Hanya dia tahu betapa peritnya hendak bangkit setiap kali kekhilafan lalu menghenyaknya sehingga dia terduduk kembali.

“Jangan berlagak suci, kalau kau sebenarnya lebih kotor daripada najis. Masih adakah secebis maruah dalam diri kau?” -Randika Daniel

Tatkala niat tulus dikhianati dengan cukup sadis, dia kehilangan semua yang dia sayang. Sejak daripada itu, dia mengajar hatinya yang selama ini lembut, menjadi dingin. Tanpa sedar, kebencian itu menjadi sebuah dendam yang paling hancur.

“Tak! Saya bukan Larissa yang dulu lagi! Awak tak boleh hukum saya sedangkan saya dah berubah!” – Larissa Cyra

Berkali-kali Larissa cuba menerangkan, tetapi tetap tak berhasil memperoleh kepercayaan Randika bahkan kemaafan daripada lelaki itu.

Randika dihancurkan oleh gadis yang dia cinta, sehingga pada saat gadis itu hadir untuk menuntut janji, dia buntu untuk menunaikan. Melepaskannya sahaja dia tak mampu, bagaimana dia hendak melenyapkan Larissa?

Memilih antara dendam atau cinta, menyayangi atau menyakiti. Masihkah kesumat yang menjadi pemenang?

“Kau fikir aku sekejam itu ke nak bunuh kau? Kau rasa aku terlalu membenci kau ke sampai kau sanggup mati di tangan aku?” - Randika Daniel

Apabila bersama, sakit. Terpaksa berpisah, hancur. Bagaimana mampu membuat pilihan tatkala kisah silam menjadi pertaruhan?

Kesalahan kelmarin adalah proses kehidupan. Kepercayaan yang pernah disia-siakan, tidak mudah untuk diraih kembali. Peluang terakhir seakan-akan sulit dimiliki. Melepaskannya sahaja dia tak mampu, bagaimana dia hendak melenyapkan Larissa

“Mencintai seseorang itu sebenarnya racun. Sekali terkena, sukar untuk kembali seperti sediakala.”

Write a review

Lost In Revenge MySerraa Terbitan Oktober 2024

Lost In Revenge MySerraa Terbitan Oktober 2024

Penulis : MySerraa