Reduced price! Kasam Renjana Sang Pendekar Expand

Kasam Renjana Sang Pendekar

Fajar Pakeer Fajar Pakeer

FP

New

Penulis :Usako Princessz

More details

RM24.70

RM26.00

-5%

Tajuk : Kasam Renjana Sang Pendekar
Penulis : Usako Princessz
Harga : RM26
ISBN : 9789838222235

Sinopsis
Kesetiaan yang teguh bagai dimeteri dengan tembaga yang tak mudah dicairkan!

Takdir Tuhan, resipi turun-temurun itu sekali lagi melakar memori, merekat dua hati. Dua anak muda berdarah pendekar itu akhirnya bertemu kembali setelah bertahun-tahun terpisah dek parut lama yang merantai keluarga. Di kala dua hati sudah berjanji untuk sehidup semati, taufan kuat tiba-tiba membadai lagi hubungan mereka.

“Aku bukan menantu pilihan. Hanya seorang gadis yang tersua-suakan anak teruna orang!" - SYANIL SUHAILA

Si gadis mula rasa rendah diri lantaran calon menantu yang menjadi pilihan adalah daripada darah daging sendiri. Rasa tersisih sehingga pujuk rayu daripada sang teruna pun tidak mampu merawat keadaan. Dia hampir-hampir tunduk dengan plot yang diatur.

“Segala keturunan kau takkan aku biarkan bersatu dengan keturunan Rohaila!” - WAK LAZIM

Kemunculan semula pendekar bertopeng di tengah-tengah konflik keluarga itu merungkai misteri keluarga. Namun, sang teruna tetap ampuh dengan jati diri. Cinta sucinya akan terus diperjuangkan!

“Aku bersumpah demi Allah! Kau akan gagal kali ini Wak Lazim!

Percaturan syaitan ini hanya sia-sia!” - ISMI ZULKARNAIN.

Ternyata, kesungguhan cinta tidak semudah kata-kata yang terungkap. Apabila pertarungan yang bermandikan darah membenarkan amaran, tegarkah nyawa srikandi dan kesatria yang menjadi taruhan?

Sekali lagi, kedua-duanya ditantang dengan fitnah besar daripada jurus hitam yang sama. Kisah silam yang tragik mahu diulang. Kiranya jurus ampuh yang diandalkan, mampukah memadam kasam renjana sang pendekar?

Berupayakah kasih yang bertaut dipertahankan hingga ke akhir garisan? Atau denai itu sekali lagi akan menjadi saksi?

Kerana dendam dan cemburu yang menguasai, luka lama yang akan berdarah kembali.

Fajar Pakeer merupakan antara penerbit novel Melayu yang terkenal dengan karya penuh emosi, kekeluargaan dan konflik kehidupan yang dekat dengan pembaca tempatan.


Di BBO Rumah Novel Melayu, anda boleh mendapatkan pelbagai novel terbitan Fajar Pakeer dengan harga menarik serta pilihan genre seperti cinta, kekeluargaan, drama dan motivasi kehidupan.


Semua buku dihantar dengan pembungkusan rapi ke seluruh Malaysia.


Lihat semua novel Fajar Pakeer di sini

Write a review

Kasam Renjana Sang Pendekar

Kasam Renjana Sang Pendekar

Penulis :Usako Princessz