Reduced price! Owarinashi Expand

Owarinashi

Fajar Pakeer Fajar Pakeer

FP

New

Penulis : Hyun Yunzz

More details

RM23.75

RM25.00

-5%

Tajuk : Owarinashi
Penulis : Hyun Yunzz
Harga : RM25
ISBN : 9789838221559

Sinopsis
Dia didera, dikurung dalam bilik bawah tanah oleh keluarga sendiri sejak kecil.

Gadis ini bangkit semula dengan mewujudkan sebuah permainan video yang mustahil sehingga mematikan ramai manusia. Dia mencipta satu watak permainan video Owarinashi yang tertanam pelbagai memori indah untuknya alami. Dia mahukan kebahagian seperti Faye Mnemosyne.

Enam orang lelaki terkurung di dalam bangunan usang kerana sebuah permainan yang lebih digelar Truth Or Die.
Seorang perempuan yang mempunyai fotografik memori memasuki sekolah yang menempatkan pelajar-pelajar berkebolehan istimewa sepertinya.

Saat dia menyedari bayangan menguasai realiti, dia tahu namun dia tidak mampu menerimanya.

"Tiada gunanya dia ingat benda yang tak wujud... akhirnya semua itu akan lesap dari dunia dia" - ESTEFANY COCO

"Sedarlah Coco, semua yang kau nampak tu, tak betul. Aku je yang ada kat sini, tiada orang lain" - HAIDEN

"Tidak pernah lagi aku jumpa perempuan sekuat kau" - ALAN

"Boleh kau hantar aku pada titik permulaan semula?" - FAYE MNEMOSYNE

Mengenai Estefany Coco yang berkait dengan Faye Mnemosyne.

Adakah mereka orang yang sama dari zaman berbeza?

Rasa cinta yang kian berbuah dengan sebuah persahabatan yang sempurna itu hanyalah sia-sia ketika dia menyedari kenyataan sebenarnya.

Mampukah dia keluar dari halusinasi dan menerima takdir yang sebenar?

Siapa yang akan menyelamatkan mangsa-mangsa yang terlibat dengan permainan itu?

Bayangan itu menguasai seluruh ruang hidupnya sehingga dia tidak tahu bahawa dia bukan di dalam dunia itu.

Perjalanan dalam ilusi yang tiada infiniti kecuali anda sendiri yang mampu mengubahnya di alam realiti.

Write a review

Owarinashi

Owarinashi

Penulis : Hyun Yunzz