Penangguhan Penghantaran Tarikh : 26 Mei - 6 Jun 2023

Lelaki Itu Expand

Lelaki Itu

Fajar Pakeer Fajar Pakeer

FP

New

Penulis : Ogy Yusof, Ain Kamalia, Dhiya Hani, Msteja

More details

RM25.00

Tajuk : Lelaki Itu
Penulis : Ogy Yusof, Ain Kamalia, Dhiya Hani, Msteja
Harga : RM25.00
ISBN : 9789838221467

Sinopsis
Ini sebuah kisah tentang awal sebuah cinta dan akhir sebuah rencana dilukis indah oleh sang pencipta…

????CINTA MILIK LELAKI EDISI FEBRUARI – OGY YUSOF
Aimi Melati cuba memenuhi syarat yang diberikan Ary Redza untuk menjadi pasangannya.

“Aimi, kita manusia takkan pernah sempurna. Akan tetap ada cacat celanya. Sama juga bila hendak
berpasangan. Tak perlu nak terlalu keras dengan garis kehendak kita.”

Untuk apa diteruskan jika kenyataan sudah tidak berpihak kepada harapan?

Benarkah ketulusan akan menjelma dengan seseorang yang tepat untuk dicintai?

????BUKAN SEORANG MUHALIL – AIN KAMALIA

Ayu sangka dia akan hidup bahagia selama-lamanya dengan Nizam.

Kehidupan mewah yang sering Ayu paparkan di laman sosial membuatkan dia berasa seronok hidup dalam dunia ‘tipu-tipu’. Tapi sebenarnya, siapa yang tertipu?

“Tak payahlah kamu beria-ia sangat menangis Ayu. Nasi dah jadi bubur pun. Ingat Allah banyak- banyak. Allah menguji bersebab. Sebab utamanya supaya kamu kembali kepada-Nya. Berbaloi ke kamu membuang air mata kerana seorang lelaki?”

Kekecewaan mengajar diri untuk menapis kepercayaan pada lelaki. Tetapi hadirnya seseorang yang langsung tidak diimpi, perlukah disambut dengan lapang hati?

Atau memang sudah ternoktah pendamping bahagia untuknya kala meniti hari?

????HATI AKU UNTUK KAMU – DHIYA HANI

Perempuan dan assumption mereka selalu mengakibatkan cemburu dan rajuk berpanjangan.

Biarpun Fiqry sudah pasti dengan pilihannya, namun tiada dayanya untuk menahan si dia daripada berlalu pergi.

“Kau nampak dan kau assume. Lepas tu kau pujuk hati kau kata yang kau dah buat keputusan yang terbaik dengan merelakan aku bahagia dengan orang lain. Tapi, hati aku dan hati kau yang terluka ni, kau tak kisah pun, kan?”

Bahagia itu mahal maharnya. Antara kata hati dan realiti, antara sakit hati dan mencintai, membolak-balikkan pilihan diri.

Oh hati, kuatlah! Janganlah berkecai, kekallah bertaut, kerana berdirinya jasad ini atas detak untukmu.

????BILOBA EMAS DI LANGIT BIRU – MSTEJA

Setiap kali dilanda tekanan, Wafa sering bermimpi berteduh di bawah rimbunan daun biloba emas dengan latar langit biru. Lalu apa signifikannya kewujudan Jude dalam perjalanan Wafa mengejar impiannya bergelar doktor?

“Aku petik kata-kata seorang ustazah ya. Kata dia, manusia, bila dia mula hendak kuatkan diri dengan bergantung kepada ciri-ciri yang ada pada dirinya sendiri, itulah punca utama mereka menjadi lemah. Kerana manusia itu asalnya tiada apa-apa. Maka bagaimana kita hendak bergantung kepada benda yang asalnya tiada?”

Benarkah ini pesan yang terakhir untuk cinta yang belum pun tercipta?

Mampukah dia menghilang dan mengabaikan isyarat hati yang mula mengetuk keinginan jiwa yang tandus?

????????
Tentang dia yang bernama lelaki… mampu buat hati tersenyum dan menangis… namun ada kala di persimpangan tanpa disedari ada badai yang berteman dengan
qada dan qadar.????

Write a review

Lelaki Itu

Lelaki Itu

Penulis : Ogy Yusof, Ain Kamalia, Dhiya Hani, Msteja