Reduced price! Kerana Dia Lebih Sempurna Expand

Kerana Dia Lebih Sempurna

Fajar Pakeer Fajar Pakeer

FP

New

Penulis : Faizah Mohd Noh

More details

RM26.60

RM28.00

-5%

Tajuk : Kerana Dia Lebih Sempurna
Penulis : Faizah Mohd Noh
Harga : RM28
ISBN : 9789838221276

Sinopsis
Melangkaui dua latar zaman. Melayari keping-keping rindu menjadi satu potret suram. Ini fasa-fasa duka dalam hidupnya…

Fida, gadis yang dicurangi setelah segalanya dikorbankan. Jay, memperlakukannya seperti hamba. Sedikit pun tiada terdetik rasa kasihan di jiwa lelaki itu untuknya.

Derita yang ditanggung, membuatkan Fida dilanda kemurungan.

“Ini yang kau balas kat aku, Jay? Tak apa. Tuhan ada. DIA takkan sesekali menganiayai hamba-Nya. Masa kau akan tiba, Jay." – FIDA

Biarpun berkali-kali dia jatuh, Fida tetap bangun seribu kali.

Penghujungnya, dia menghabiskan masa di sebuah pondok. Mencari jalan pulang.

Di situ, dia bertemu dengan Delaila. Seorang gadis yang senasib dengannya.

Faheem meningalkan Delaila bersama seribu janji yang belum tertunai. Namun, gadis itu kembali bangkit demi membuktikan kepada lelaki itu, bahawa dia gadis yang bukan sekadar bermain dengan kata-kata.

"Maaf, Faheem. Luka yang awak tinggalkan dulu, masih berdarah.

Dan peluang yang awak minta tu, tak mustahil awak akan sia-siakan sekali lagi. Kan?"- DELAILA

Delaila bukan hadir pada saat Faheem di kemuncak. Delaila hadir pada saat dia jatuh terduduk. Dia tidak ada apa-apa ketika itu. Malah gadis itu sanggup menunggu sehingga dia mampu. Tetapi, dia pula yang meminta perpisahan dan dengan mudah pula bibirnya menutur kata meminta gadis itu mencari yang lain.

“Sakit, Laila. Tapi aku akan menjadi lelaki yang kejam kerana menghalang kau untuk bahagia sedangkan aku tahu, aku tidak berdaya untuk membahagiakan kau.”- FAHEEM

Parut luka, kekal seiring masa. Mampukah kemaafan meleburkan segunung keegoan?

Siapa yang pergi, siapa yang menanti?

Siapa yang jatuh, siapa yang bangun berlari?

Dan, siapa yang lebih sempurna?

Balas dendam yang terbaik, ialah memberi ruang untuk jiwa mendakap bahagia. Yang selebihnya, biar kifarah yang melunasinya.

Write a review

Kerana Dia Lebih Sempurna

Kerana Dia Lebih Sempurna

Penulis : Faizah Mohd Noh