Reduced price! Taranum Lelaki Rambut Perang Fajar Pakeer Expand

Taranum Lelaki Rambut Perang

Fajar Pakeer Fajar Pakeer

Fajar Pakeer

New

Penulis : Usako Princessz

More details

RM21.60

RM24.00

-10%

Tajuk : Taranum Lelaki Rambut Perang
Penulis : Usako Princessz
Harga : RM24.00
ISBN : 9789838221085

Sinopsis
Bodoh! Kalau Dayang Senandung tu sukakan percaturan gila kau ni, dia takkan lari dari dewan tu!
Aku berani bersumpah, kau takkan jumpa gadis tu lagi!” - SYED MUHAMMAD SYAHMI AZHARI

Dayang Senandung? Apakah hanya kesilapan lalunya yang terlalu berani membuat permintaan khas
tersebut sehingga sanggup menghukumnya sehingga kini? Gelaran sinis yang mengejek warna kulit
hitam manisnya membuat Fadillah makin tertekan.

Segalanya berubah dengan sekelip mata. Jiwa Fadillah mula berbunga mekar. Pesona Naifi bagai seorang hero yang berjaya membasuh luka nuraninya. Dia suka bila mendengarkan nada dan alunan taranum itu. Kala yang lain enak berfoya-foya membuaikan halwa telinga dengan lagu-lagu rentak terkini, dia pula selesa dengan taranum yang indah daripada sang pujaan hati.

“Game apa? Kau dah tengok sendiri malam tadi kan, aku dah proposed dia depan semua. Itu pun
kau cakap game? Kau jangan nak maki aku! Kau tak dengar ke semalam, dia juga sayangkan
aku! Kau yang tiba-tiba memekak kenapa?” - SYED MUHAMMAD NAIFI AZHARI

Hubungan cinta yang terjalin menjadi keruh tatkala gadis itu terasa dipermainkan. Fadillah mula mengatur strategi membalas semua kesumat yang dicampak lelaki itu ke jiwanya.

“Aku dengan dia tiada hubungan istimewa pun. Apa yang kau lihat itu cuma lakonan semata-mata. Tapi aku nak kau tahu sesuatu. Lakonan aku tamat malam ini. Kalau ada sesuatu yang sangat menyakitkan hati kau nanti, percayalah, itu hanya lakonan berbayar.” – FADILLAH MARISSA

Segalanya yang berawal sebagai suatu permainan akhirnya menjerut diri sendiri. Mencintai dalam masa yang sama mempermainkan gadis itu. Naifi bagai tersungkur di dalam perangkapnya sendiri.

Bila rasa dendam menguasai, untuk apa mempertahankan sebuah kejujuran yang tak pastI?

Adakah cinta sebenar antara Fadillah dan Naifi itu benar-benar ada atau angan-angan yang berlalu pergi?

Hanya kerana 99% perasaan benci, melenyapkan baki 1% kasih dek kerana dendam.

Jika dibuang yang benci, sekelumit baki sayang yang tersorok itu pasti akan bercambah mendominasi seluruh rasa menjadi satu naluri yang suci.

Write a review

Tersalah Aturan Cinta

Penulis : Sara Irdina