International shipping Secure payment
Penulis : Khairul Ahmad
Tajuk : Angkara Siapa?
Penulis : Khairul Ahmad
Harga : RM23.00
ISBN : 9789838220651
Sinopsis
Benarkah kematian adalah pengakhiran sebuah noda dan dosa?
Mati dalam keadaan sadis sungguh mengerikan. Satu demi satu nyawa menjadi korban. Kampung yang dulunya aman kini bertukar menjadi gegak gempita. Kutukan apakah yang terjadi kepada mereka?
Dia bilang lagi yang dia selalu nampak kelibat perempuan berambut panjang dan berjubah lusuh merayau-rayau di situ. Ada ketikanya lembaga itu berdiri di belakang Juwita. Orang gaji Tuan Brown yang satu lagi. Pernah juga dia kata dia nampak puaka itu di jendela, belakang banglo.” – MAT SAMAN
Pelik apabila mendapati setiap mangsa yang dibunuh akan kehilangan jantung masing-masing. Mat Saman menyimpulkan bahawa kematian itu ada sangkut-pautnya dengan amalan shir atau ilmu hitam.
Pembunuh itu bagaikan lenyap tanpa meninggalkan sebarang bekas. Ini membuatkan Mat Saman merasakan ada sesuatu yang berbeza tentang pembunuhan itu.
Lebih-lebih lagi munculnya Juwita selepas kehilangan Kasturi. Menjadikan siasatan bertambah rumit.
“Sudah aku bilang tadi yang aku mahu membalas dendam.”- KASTURI
“Kita semua bersalah dalam soal ini.” – PENGHULU MANSOR
Sesuatu yang mengejutkan ditemui oleh Mat Saman sepanjang penyiasatannya.
Adakah benar mangsa mati akibat ilmu hitam? Siapakah yang empunya angkara?
Kejahatan yang dibalas dengan kejahatan tidak akan membawa apa-apa.
Fajar Pakeer merupakan antara penerbit novel Melayu yang terkenal dengan karya penuh emosi, kekeluargaan dan konflik kehidupan yang dekat dengan pembaca tempatan.
Di BBO Rumah Novel Melayu, anda boleh mendapatkan pelbagai novel terbitan Fajar Pakeer dengan harga menarik serta pilihan genre seperti cinta, kekeluargaan, drama dan motivasi kehidupan.
Semua buku dihantar dengan pembungkusan rapi ke seluruh Malaysia.