Reduced price! Layakkah Aku Memilikimu? Expand

Layakkah Aku Memilikimu?

Fajar Pakeer Fajar Pakeer

Fajar Pakeer

New

Penulis : Nurfaza Alisya

More details

RM22.80

RM24.00

-5%

Tajuk : Layakkah Aku Memilikimu?
Penulis : Nurfaza Alisya
Harga : RM24.00
ISBN : 9789838220569

Sinopsis
Pernahkah terfikir untuk tidak pernah bertemu dan saling jatuh cinta?

“Kun fayakun. Di dalam al-Quran ayat ini disebut sebanyak lapan kali. Yang bermaksud… Jadilah engkau! Lalu menjadilah ia. Sejauh mana saya lari pun, Allah dah tetapkan jodoh saya dengan awak.” – INDAH NAURA

“Saya rasa awak dah tersalah pilih orang untuk dijadikan suami.” - KHAIR

Naura sudah menduga Khair mesti punya alasan untuk menolak dirinya. Cantik sangat ke dia hingga Khair segan nak berdampingan dengannya. Atau… Buruk sangat ke perangai Naura hingga Khair naik meluat? Lelaki… Ada saja alasan! Namun begitu, Naura tetap yakin dengan pilihannya. Pandai-pandailah dia nanti memasang jerat memikat sang kekasih hati. Selepas berkahwin, Khair tekad menolak kemewahan. Janjinya terhadap arwah Hajar harus dia kotakan walaupun satu hari nanti dia terpaksa mengguris perasaan Naura. Plan sudah bermula, Naura nekad untuk memikat. Seram sejuk Khair dibuatnya. Namun, itulah yang cuba Naura lakukan…

Membajai hati Khair hingga lelaki itu dapat ditakluk. Lebih-lebih lagi adanya Siti dan Julia, pesaing hebatnya untuk sampai ke garisan penamat. Dia mahu kedua-dua gadis itu tahu dia adalah Indah Naura isteri Khair. Miliknya seorang. Bagi Khair, jiwanya sudah tertawan, cuma ada satu noktah yang menyulitkan keadaan di antara dia dan Naura. Bukan kerana cinta tidak pernah hadir, hanya dendam pada diri sendiri sulit untuk mati. Mampukah Khair dan Naura membangkitkan perasaan yang seharusnya dinikmati mereka berdua? Layakkah Khair menganyam kasih yang dicipta oleh Naura selepas terjadinya peristiwa yang membuat gadis itu menjauhkan diri darinya? Mencintai… Dicintai… Dua hal yang sulit untuk dilepaskan, terlalu sakit untuk diakhiri. Selama mana bertahan, selama itulah ia menyatukan dua insan untuk saling memaknakan sebuah perasaan yang dimiliki.

Write a review

Layakkah Aku Memilikimu?

Layakkah Aku Memilikimu?

Penulis : Nurfaza Alisya