Reduced price! Suamiku Ketua Gengster REVAMP Expand

Suamiku Ketua Gengster REVAMP

Fajar Pakeer Fajar Pakeer

FP

New

Penulis : Qhayra Qhayriesa

More details

RM25.23

RM29.00

-13%

Tajuk : Suamiku Ketua Gengster (#REVAMP)
Penulis : Qhayra Qhayriesa
Harga : RM29.00
ISBN : 9789838220484

Sinopsis
Dingin, kaku, datar… itu watak penuh misteri Tengku Ishaan Danish.

Dia makhluk paling sinis dan selalu menghuru-harakan hidup sesiapa saja yang berperang dengannya kecuali seseorang…

“Awak yang buatkan saya jadi tak tentu arah dan sekarang, awak tanya pulak apa yang saya nak buat? Huh. Sepatutnya fikir habis-habis sebelum buat sesuatu. Kalau tak, macam inilah jadinya. Awak jugak yang dapat akibatnya.” – TENGKU ISHAAN DANISH

“Saya dah buat apa Tengku? Apa yang saya dah buat sampai Tengku tergamak nak buat begini pada saya? Apa salah saya?” – NURUL SARAH

Nurul Sarah, gadis itu biasa saja orangnya. Lurus bendul, tapi itulah yang mengikat jiwa Tengku Ishaan Danish.

Sarah pulak, nak jatuh cinta dengan Tengku Ishaan Danish memang rasanya tak masuk dalam list hidupnya.

Akalnya tak cukup kuotakah sampai nak mempertaruhkan nasib di tangan ketua gengster.

Tapi, bila Tengku Ishaan Danish mengusik hatinya berkali-kali, Sarah tak tentu arah. Bila gengster jadi romantis habis, Sarah terkena panahan jiwa.

Benar… pekerjaan paling sulit adalah membenci dan mencintai sekali gus.

Kisah mereka penuh hitam putih. Wujudnya Dellina yang sentiasa mengejar Tengku Ishaan Danish.

Munculnya Dahlan yang berdendam sejak pertunangannya dengan Sarah terputus.

Pilihan terbaik sudah termaktub… gambaran hati sudah terlihat.

Tapi, mengapa bahagia, dendam, penyesalan… semuanya bercampur menjadi satu rasa.

Kesinambungan apa yang diinginkan oleh mereka?

Fajar Pakeer merupakan antara penerbit novel Melayu yang terkenal dengan karya penuh emosi, kekeluargaan dan konflik kehidupan yang dekat dengan pembaca tempatan.


Di BBO Rumah Novel Melayu, anda boleh mendapatkan pelbagai novel terbitan Fajar Pakeer dengan harga menarik serta pilihan genre seperti cinta, kekeluargaan, drama dan motivasi kehidupan.


Semua buku dihantar dengan pembungkusan rapi ke seluruh Malaysia.


Lihat semua novel Fajar Pakeer di sini

Write a review

HURT Oleh Rehan Makhtar

#HURT merupakan novel romantik Melayu karya Rehan Makhtar yang mengisahkan Aatiq dan Raqib dalam sebuah perjalanan cinta yang dipenuhi luka, rahsia silam, dendam dan pengorbanan. Ketika hati yang terluka cuba mencari kebahagiaan, mereka terpaksa berdepan kebenaran yang menyakitkan. Sebuah kisah emosi tentang cinta, penyesalan dan takdir yang menyatukan dua jiwa.