PROMOSI NOVEL

ADAPTASI DRAMA TERKINI

Reduced price! Rahsia Sebuah Takdir Expand

Rahsia Sebuah Takdir

Fajar Pakeer Fajar Pakeer

Fajar Pakeer

New

Penulis : Nurul Atiqh Ghuzir

More details

RM21.85

RM23.00

-5%

Tajuk : Rahsia Sebuah Takdir
Penulis : Nurul Atiqh Ghuzir
Harga : RM23.00
ISBN : 9789838220408

Sinopsis
“Saya tak tahu cara untuk mendekati dia. Dia sangat istimewa. Awak satu-satunya harapan saya.” – ADAM DAVIAN

Hadirnya tanpa diminta. Kiera mula jatuh hati dan berharap Adam juga merasakan benda yang sama. Namun, punah harapannya apabila Adam mencintai kawan baiknya, Jo.

“Saya tidak mampu membuat awak jatuh hati kepada saya. Saya tidak mampu untuk memenangi hati awak…” – SHAKIRA AMIRUDDIN

Kiera hanya mampu meluahkan perasaan melalui pementasan teater bersama Adam. Cukuplah walau hanya lakonan, dia sudah bahagia. Tetapi, lakonannya untuk berpura-pura melihat kemesraan antara Adam dan Jo tidak dapat ditahan lagi. Kiera perlu jauhkan diri.

Kemunculan Farish Hakim, si gengster yang ada di mana-mana selalu menjengkelkan hatinya. Kerap benar mamat perasan tu menyibuk mengalahkan pak cik bawang.

“Dia bukan anak aku, dia pembunuh!” - AMIRUDDIN
Tidak cukup dengan kemelut perasaan yang menyeksa hati, ayahnya pula tiba-tiba membenci dirinya. Macam mana Kiera tidak pernah mengetahui yang ayahnya menghidap kemurungan kronik disebabkan oleh satu rahsia? Kepada siapa dia hendak mengadu nasib?

Bukan diri ini tidak menerima kenyataan, cuma mengapa fatamorgana yang indah selalu tidak berpihak kepadanya?

Andai dimiliki kuasa, pasti dia tidak inginkan rasa ini menghambat hatinya terlalu lama. Apakan daya takdir memang sentiasa melingkari kamus hidup manusia.

Write a review

Andai Tiada Dia

Penulis : Rissa Ahdiya