Reduced price! Satu Hari Nanti Expand

Satu Hari Nanti

Fajar Pakeer Fajar Pakeer

FP

New

Penulis : Shera Zulghafar

More details

RM21.85

RM23.00

-5%

Tajuk : Satu Hari Nanti
Penulis : Shera Zulghafar
Harga : RM23.00
ISBN : 9789838220361

Sinopsis
“Saya minta maaf, encik! Saya tak sengaja langgar encik!” – MARISA SAFIYYAH

Pertemuan tidak sengaja di antara Marisa Safiyah dan Noah Lee Jin Hua menimbulkan bibit-bibit cinta antara mereka. Namun, Noah kecewa apabila mendapat tahu keluarga Safiyyah menjodohkan gadis itu dengan seorang imam muda, Ibrahim.

Walaupun hati Safiyyah sudah terpaut pada pemuda bermata sepet itu, dia tetap taat dengan permintaan ayahnya yang ingin bermenantukan Ibrahim.

“I tak layak nak bertanding dengan imam muda itu. Ayah you betul! Ibrahim adalah yang terbaik untuk you, Safiyyah.” – NOAH LEE

Tentangan keluarga dan takdir memisahkan mereka. Noah memilih untuk menerima tawaran kerja di Dubai. Tiga tahun Noah dan Safiyah berpisah. Di Dubai, Noah bertemu Aulia Kristoph. Persahabatan di antara mereka melahirkan rasa cinta di hati Aulia.

“Aku mencintaimu, Mas Noah. Demi Tuhan aku mencintaimu!” – AULIA KRISTOPH

Besar harapan Aulia padanya. Besar lagi beban Noah apabila dia kembali bertemu Safiyyah di Mesir.

Berdosakah jika dia masih mencintai gadis itu walaupun dia tahu Safiyyah mungkin sudah bersuamikan Ibrahim? Memilih antara gadis yang pernah dicintai ataupun gadis yang sedang mencari cinta.

Bahagia dengan yang baru atau bahagia dengan masa lalu? Apapun takdir yang telah ditetapkan-Nya, genggamlah sebelum ia hilang.

Fajar Pakeer merupakan antara penerbit novel Melayu yang terkenal dengan karya penuh emosi, kekeluargaan dan konflik kehidupan yang dekat dengan pembaca tempatan.


Di BBO Rumah Novel Melayu, anda boleh mendapatkan pelbagai novel terbitan Fajar Pakeer dengan harga menarik serta pilihan genre seperti cinta, kekeluargaan, drama dan motivasi kehidupan.


Semua buku dihantar dengan pembungkusan rapi ke seluruh Malaysia.


Lihat semua novel Fajar Pakeer di sini

Write a review

Novel Dheo's oleh Anjell Karyaseni

Novel Anjell karya Dheo merupakan antara novel Melayu popular yang mendapat perhatian pembaca kerana jalan cerita yang penuh emosi dan konflik. Sesuai untuk peminat novel cinta, drama dan kisah hubungan yang menyentuh hati.