Reduced price! Nama-Nama Muslimah Khas Untuk Anak Perempuan Expand

Nama-Nama Muslimah Khas Untuk Anak Perempuan

Al-Hidayah Al-Hidayah

AL

New

Penulis : Ummu Ainul Muhammad 

More details

RM7.60

RM8.00

-5%

Tajuk : Nama-Nama Muslimah Khas Untuk Anak Perempuan
Penulis : Ummu Ainul Muhammad
Harga : RM8.00
ISBN : 9789673681099
Mukasurat : 158
Berat (kg) : 0.2
Saiz (inci) : 5 x 8

Sinopsis
Adalah menjadi tanggungjawab dan kewajipan ibubapa untuk menamakan anak-anak mereka dengan nama yang baik dan indah. Dan amat penting juga adalah tanggungjawab ibubapa dalam mendidik dan mengelokkan adab dan akhlak anak-anak.

Impian setiap ibubapa agar puteri mereka nanti akan sebaik Siti Khadijah atau setabah Rabiatul Adawiyyah ataupun secantik Zulaika. Maka dinamakan puteri mereka itu dengan nama tokoh yang mempunyai keperibadian yang dikagumi dan terbaik. Berdoa dan memohon kepada Allah agar nanti anak-anak ini akan menjadi orang baik akhlaknya dan berjaya dalam hidupnya. Dan yang amat diidamkan setiap ibubapa ialah anak-anak yang soleh dan solehah yang akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keampunan buat mereka.

Nama itu adalah doa dan harapan kedua ibubapa kepada anak-anak mereka. Nama juga merupakan harta yang pertama yang akan dibawa oleh si anak hingga ke akhir hayat, dianugerahkan oleh ibubapa kepada anak.

Namakanlah anak-anak anda dengan nama yang elok dan indah maknanya. Semoga anda akan dianugerahkan puteri yang bijak, cantik dan tinggi akhlaknya

Al-Hidayah menerbitkan pelbagai buku Islam, motivasi dan pembangunan diri yang sesuai untuk semua peringkat pembaca.


Antara topik yang sering mendapat perhatian termasuk fardhu ain, kekeluargaan, pendidikan anak, motivasi dan kerohanian.


BBO Rumah Novel Melayu menyediakan pelbagai buku terbitan Al-Hidayah secara online dengan penghantaran ke seluruh Malaysia.


Lihat semua buku agama Al-Hidayah di sini

Write a review

Doa Dan Wirid Untuk Ibu Mengandung

Penulis : Ummu Abdullah Naurah