Reduced price! Mukjizat Serta Keajaiban Dalam Salam & Silaturrahim Expand

Mukjizat Serta Keajaiban Dalam Salam & Silaturrahim

Al-Hidayah Al-Hidayah

AL

New

Penulis : Muhammad Muhyidin

More details

RM14.25

RM15.00

-5%

Tajuk : Mukjizat Serta Keajaiban Dalam Salam & Silaturrahim
Penulis : Muhammad Muhyidin
Harga : RM15.00
ISBN : 9789675984792
Mukasurat : 246
Berat (kg) : 0.4
Saiz (inci) : 6 x 8

Sinopsis
“Apabila kamu dihormati dengan sesuatu penghormatan (salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik atau balaslah (penghormatan itu, yang sepadan). Sesungguhnya Allah menghitung segala sesuatu.” Al-Nisa’ : 86)

Apabila salah seorang daripada kalian bertemu dengan saudaranya, maka ucaplah salam kepadanya. (Kemudian) jika pohon, tembok atau batu menghalang keduanya dan kemudian bertemu semula, maka berilah salam juga kepadanya.” Riwayat Abu Daud)

Percaya atau tidak bahawa ada bentangan samudera rohani yang tidak terperi di sebalik ajaran mengucapkan salam (Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh) dan menjalinkan tali silaturrahim? Bagaimanakah anada memahami hubungan logic antara kebiasaan bersilaturrahim dengan kemurahan rezeki dan umur panjang? Serta bagaimana pulakah anda mampu menyedari bahawa dengan sentiasa bersilaturrahim bererti anda telah melabur untuk kebahagiaan anda di akhirat nanti?

Jika selama ini anda memahami salam sebagai lipsik sahaja dan silaturrahim sebagai mengisi masa lapang sahaja, bererti anda termasuk di kalangan muslim/muslimah yang telah mencederai integriti salam dan silaturrahim. Maka anda sangat perlu mempelajari buku ini yang secara rasional dan teologi membedah segala misteri rohani dan sosial di sebalik pembiasaan diri mengucap salam dan memelihara silaturrahim.

Buku ini menghadirkan pembacaan dan pemahaman yang baru tentang salam dan silaturrahim sekaligus, dengan bersendikan kepada sumber-sumber sahih (al-Qur’an dan Hadis) dalam sudut ilmiah psikologi kontemporari. Dengan gaya bahasa mudah yang padat, mudah dicerna serta penuh tip, buku ini menghadirkan neansa Islam yang soleh secara spiritual (Ilahiyah) dan seklaigus secara sosial (kemanusiaan) Jangan lepaskan buku yang berharga ini…!

Write a review

Mukjizat Serta Keajaiban Dalam Salam & Silaturrahim

Mukjizat Serta Keajaiban Dalam Salam & Silaturrahim

Penulis : Muhammad Muhyidin